Syed Saddiq sokong RUU Anti Lompat Parti untuk hentikan ‘si pencatur kuasa’
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Syed Saddiq sokong RUU Anti Lompat Parti untuk hentikan ‘si pencatur kuasa’



27 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakaan pindaan perlembagaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti bagi menghentikan kuasa 'si pencatur kuasa' terus bermaharajalela.


Beliau yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata, ia ada permulaan penolakan sistem politik yang membenarkan ‘si pencatur kuasa’ terus berkuasa.


“Ini permulaan untuk memberikan kuasa kepada rakyat, di mana rakyat yang berkuasa, bukan ‘si pencatur kuasa’ sebab itu, kita perlu hentikan politik lapuk di mana mereka yang ingin berkuasa sewenang-wenangnya membeli undi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Syed Saddiq berkata, ketidakpercayaan rakyat terhadap institusi politik, ahli politik dan pemimpin politik ketika ini berada pada kadar yang paling rendah.


“Lebih teruk lagi apabila rakyat memberikan kepercayaan kepada ahli politik tersebut setiap lima tahun tetapi secara tiba-tiba, kerana diugut dan disogok dengan jawatan dan pangkat mereka sanggup mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.


“Hanya kerana ingin membantu ‘si pencatur kuasa’ kekal bermaharajalela, sebab itu pendirian Muda jelas, kita sokong penuh usaha kerajan melaksanakan pindaan perlembgaan untuk menghentikan kuasa ‘si pencatur kuasa’ ini terus bermaharajalela,” katanya.


Syed Saddiq turut mendesak supaya Perdana Menteri memberi fokus kepada ‘rumah yang sedang terbakar’ berbanding memikirkan soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang baharu kepada Perdana Menteri iaitu teruskan membela rakyat, usah fikirkan soal PRU, betulkan negara dahulu bukan PRU,” katanya.

bottom of page