Sze Fei-Nur Izzuddin tewaskan gandingan Indonesia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Denmark Sze Fei-Nur Izzuddin tewaskan gandingan Indonesia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Denmark
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sze Fei-Nur Izzuddin tewaskan gandingan Indonesia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Denmark


23 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


DENMARK: Beregu lelaki muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan apabila menewaskan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam perlawanan straight set untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark kelmarin di Odense, Denmark.


Berdepan dengan pilihan empat kejohanan dari Indonesia yang juga baru-baru ini membantu Indonesia memenangi Piala Thomas di saingan suku akhir dilihat sebagai satu tugas yang sukar bagi wakil Malaysia yang menduduki ranking ke-26 dunia.


Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin, mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang karier untuk menang 21-18, 21-17 dalam perlawanan yang mengambil masa 34 minit.


Ini merupakan kemenangan pertama bagi pasangan dari Malaysia itu selepas tewas dalam tiga pertemuan sebelum ini dengan pasangan Indonesia yang juga menduduki nombor tujuh dunia itu.


Dalam aksi separuh akhir hari ini, Sze Fei-Nur Izzuddin yang masing-masing berumur 23 dan 24 tahun itu akan menentang pemenang perlawanan antara Muhammad Shobibul Fikri-Bagas Maulan dari Indonesia dengan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi merebut tiket ke pentas final.


Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memberi tentangan sengit kepada pasangan nombor lima dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino sebelum tewas 21-19, 12-21, 14-21.


Manakala perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia juga tewas kepada pemenang pingat emas Olimpik Tokyo Viktor Axelsen 19-21, 19-21 pada aksi suku akhir kelmarin.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page