top of page

TAJUDDIN DIPECAT SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA

  • nabalunews
  • May 26, 2021
  • 1 min read

Updated: May 27, 2021


26 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta merta, menurut surat yang dikeluarkan Menteri Kewangan Malaysia. Surat bertarikh hari ini (26 Mei 2021) itu ditandatangani Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam surat itu, Menteri Kewangan merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan serta sumbangan yang telah diberikan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat. Penamatan perkhidmatan itu berlaku selepas Tajuddin dikritik di media sosial berikutan kenyataan beliau pada sidang media mengenai kejadian perlanggaran LRT Kelana Jaya.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page