top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tanpa jejaskan fokus sedia ada KUSKOP, saya akan beri fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak – Ewon


22 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan memberikan fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak bagi membangunkan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), tanpa menjejaskan fokus sedia ada dalam kementerian itu.


Beliau berkata ini penting kerana kedua-dua negeri itu bukan hanya terkebelakang dari segi program-progam keusahawanan tetapi juga sokongan dari segi kemudahan infrastruktur termasuk liputan telekomunikasi.


“Kita tahu di Sabah, bukan hanya terkebelakang dari segi peluang program keusahwanan dan sokongan dari kerajaan tetapi kemudahan infra dengan ilputan tekelomunikasi yang bermasalah.


“Misanya di kawasan saya sendiri iaitu Penampang, walaupun berdekatan dengan bandaraya Kota kinabalu namun banyak kampung yang tiada internet.


“Oleh itu, ini adalah antara wawasan dan fokus saya yang telah saya nyatakan kepada kementerian dan agensi-agensi, tanpa mengurangkan fokus kementerian sedia ada, saya hanya mahu fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam membangunkan sektor keusahawan mikro, kecil dan sederhana di kedua-dua negeri itu,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam rancangan Bicara Naratif Khas RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 dengan kupasan tajuk “Keusahawanan Solusi Kestabilan Negara”, baru-baru ini.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang berkata, bagi meperkasakan perusahaan secara digital, liputan internet perlu ditambahbaik.


“Bagaimana kita mahu memperkasakan perusahaan itu di kawasan desa dan luar bandar, jika daerah yang bersebelahan dengan bandaraya pun mempunyai masalah liputan internet?


“Itu sebabnya saya mengatakan fokus tambahan perlu diberikan kepada Sabah dari segi program sokongan pembiayaan dan menyediakan liputan internet yang terbaik,” katanya.


Ewon berkata, antara wawasan dan fokus kementeriannya ialah memperkasakan PMKS melalui teknologi pendigitalan kerana ia adalah satu dimensi baharu dalam perniagaan.


“Tidak dinafikan bahawa pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah mendorong kita mengadaptasi budaya baharu dalam perniagan.


“Pandemik Covid juga memaksa kita untuk berfikir kaedah baharu dalam perniagaan dan pentadbiran kerana kebanyakan kita berada dalam rumah dan tidak banyak pergerakan.


“Ini memberi peluang kepada golongan usahawan untuk meneruskan perusahaan mereka secara digital dan terbukti banyak yang telah berjaya contohnya Grab.


Ketika ditanya mengenai cabaran yang dihadapi oleh usahawan di negara ini, Ewon berkata, antaranya ialah dari segi pembungkusan dan pemasaran.


Oleh itu katanya, INSKEN adalah antara agensi di bawah kementerian itu yang menyediakan latihan kepada usahawan-usahawan agar berjaya dalam perniagaan.


“Sebelum mereka dilatih oleh INSKEN, para peserta itu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kesukaran untuk membangunkan produk mereka dari segi pembungkusan, pemasaran secara online dan membina rangkaian perniagaan.


“Saya amat bangga dan gembira kerana diantara mereka yang dapat meningkatkan jualan lebih 200 peratus selepas mengikuti latihan yang dilaksanakan INSKEN,” katanya.


Ewon berkata sebanyak 10 agensi di bawah kementerian itu, iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bank Rakyat, Tekun Nasional, SME Borp, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), SME Bank dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Comments


bottom of page