top of page

TARIK DIRI DARIPADA KERAJAAN PN - TENGKU RAZALEIGH

  • nabalunews
  • Mar 28, 2021
  • 1 min read

ree
Tengku Razaleigh Hamzah

28 Mac 2021


KUALA LUMPUR: Menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) yang dipegang wakil rakyat UMNO perlu meletak jawatan dengan segera susulan keputusan parti menamatkan kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan tersebut adalah perlu sebagai bukti kesetiaan kepada UMNO yang ‘ditindas’ oleh parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Sepatutnya. Kalau tidak, dia tidak bersama dengan kita. Ini keputusan parti, ” katanya ketika ditemui media selepas Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, BN ‘terpaksa’ menentang Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini jika tidak bersama dengan parti tersebut.

“Terpulang kepada Pas kerana kita mengambil sikap bersama dengan dia dalam Muafakat Nasional daripada awal.


“Kita tak ada kena mengena dengan PN. Oleh kerana itu kita akan lawan PN. Kalau Pas masih berada di situ, kita kena lawan lah Pas, apa nak buat?

“Tapi kalau bersama dengan kita menerusi MN, dia kena asingkan diri daripada PN. Kerana kita bukan terdiri dalam PN,” katanya. - UtusanOnline

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page