Tarikh pendaftaran SPM 2023 dilanjutkan bagi calon persendirian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tarikh pendaftaran SPM 2023 dilanjutkan bagi calon persendirian


21 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Calon persendirian yang ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 kini mempunyai masa sehingga 30 Jun ini untuk mendaftar.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelanjutan tarikh pendaftaran itu dalam satu kenyataan pada hari Selasa.


Menurut kenyataan itu, pelanjutan tarikh pendaftaran ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, agar peluang kedua diberikan kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut.


"KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing," kata kenyataan itu.


KPM juga berkata, pelanjutan tarikh pendaftaran ini adalah selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan KPM yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan.


Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my.


Calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.


Permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar.


Manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.


Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang LP di pautan lp.moe.gov.my.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page