top of page

Tarikh Tutup Pendaftaran Undi Pos dilanjutkan

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

ree

22 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), hari ini, mengumumkan pelanjutan tarikh tutup permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 sehingga 27 Oktober 2025 (Isnin).


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pelanjutan itu melibatkan dua kategori pemohon iaitu Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi atau organisasi yang diluluskan).


Katanya, langkah itu diambil bagi memberi lebih banyak masa kepada pengundi yang layak untuk mengemukakan permohonan undi pos secara dalam talian.


“Mana-mana pengundi yang layak di bawah Kategori 1B dan Kategori 1C boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan https://myspr.spr.gov.my sehingga 27 Oktober.


“SPR turut memaklumkan bahawa sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan undi pos boleh diajukan melalui talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7018,” katanya.


Menurutnya, pelanjutan itu dijangka memberi ruang tambahan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara serta organisasi berkaitan untuk memastikan hak mengundi mereka dapat dilaksanakan dengan lancar dalam PRU DUN Sabah ke-17.


Sebelum ini, SPR menetapkan permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (Anggota Polis, Anggota Tentera, Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, dan Petugas Media), Kategori 1B serta Kategori 1C (Agensi/Organisasi) akan dibuka mulai Isnin, 13 Oktober 2025.


Bagaimanapun, tarikh tutup permohonan bagi semua kategori berkenaan belum ditetapkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page