top of page

Tema 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka' menjadi pilihan untuk sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2024

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2024
  • 1 min read


6 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan tema baharu sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024), iaitu 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka', sementara logo tahun sebelumnya dikekalkan.

 

"Logo dan tema sambutan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan semangat kebersamaan dalam menyambut HKHM.

 

“Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pada tahun ini Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya. Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka pula telah dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2024," kata Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk.

 

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai ini, manakala Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 akan berlangsung pada 31 Ogos di Putrajaya. Sambutan Hari Malaysia 2024 pula dijadualkan pada 16 September di Sabah.

 

Tambah Fahmi, pelbagai program turut diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan, antaranya Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, dan Program Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI.

 

Hadir sama pada pengumuman tersebut adalah Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

 

Fahmi juga menekankan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengekalkan logo HKHM 2024 seperti tahun sebelumnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page