top of page

Tenaga hijau, pelaburan industri pendigitalan antara dibincang Anwar dengan JBIC

  • nabalunews
  • Oct 22, 2024
  • 1 min read


22 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Pembangunan tenaga hijau, tenaga boleh baharu dan pasaran tenaga, pembinaan pusat-pusat data serta pelaburan dalam industri pendigitalan antara dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan delegasi Japan Bank for International Cooperation (JBIC) hari ini.


Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat delegasi JBIC yang diketuai Pengerusi JBIC merangkap Penasihat Khas kepada kerajaan Jepun Tadashi Maeda di Bangunan Parlimen.


“JBIC telah menyatakan komitmen mereka terhadap usaha meningkatkan pelaburan sedia ada dengan menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia. JBIC juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan daripada pelbagai industri.


“Saya tekankan kepentingan memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun untuk terus meneroka lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi memastikan kerjasama pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga ini direalisasikan demi kepentingan rakyat,” menurut hantaran itu.


Turut hadir pada pertemuan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page