TIADA ADUN DAP "LOMPAT", TETAP BERSAMA WARISAN PLUSTIADA ADUN DAP "LOMPAT", TETAP BERSAMA WARISAN PLUS
top of page
  • nabalunews

TIADA ADUN DAP "LOMPAT", TETAP BERSAMA WARISAN PLUS


Datuk Frankie Poon Ming Fung

28 Feb 2021 SANDAKAN: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah turut tampil memberi penjelesan bahawa tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang bertindak keluar parti. Pemangku Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung menegaskan bahawa DAP Sabah masih lagi bersama-sama dengan blok pembangkang iaitu Warisan Plus dan terus memberi sokongan kepada Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


“Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan susulan pengisytiharaan Adun Sebatik keluar parti dan kononnya akan ada lagi Adun Warisan dan DAP mengikut jejak itu (keluaar parti). "Saya yakin bahawa semua Adun DAP dan Warisan khususnya di Sandakan tidak akan berbuat demikian. Kami kekal bersama Warisan Plus dan tidak akan keluar parti ini," katanya, di sini, pada Sabtu. Frankie yang juga Adun Tanjong Papat turut mengingatkan semua Adun DAP agar tidak mengkhianati undi yang diberikan rakyat.



bottom of page