TIADA KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - NOR OMARTIADA KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - NOR OMAR
top of page
  • nabalunews

TIADA KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - NOR OMAR


Tan Sri Mohd Nor Omar

21 Jun 2021

Saya bersetuju dengan pendapat Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Rais Yatim. Tidak ada krisis Perlembagaan Persekutuan. Bagi pendapat saya, kuasa Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan telah diperturunkan kepada Yang DiPertuan Agong di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat 2021.


Ini bermakna kabinet telah bersetuju memberikan kuasa kepada YDPA untuk memanggil persidangan parlimen tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri seperti yang didakwa kononnya Artikel 40 masih berkuatkuasa.


Bagi pendapat saya apabila kabinet telah memberi kuasa kepada YDPA maka Artikel 40 tidak terguna pakai sehingga tamat darurat. Seperti yang dimaklumkan YDPA sudah mendapat nasihat dari pelbagai pihak dan sekiranya Artikel 40 masih berkuatkuasa sudah tentu YDPA akan mengikut keputusan Perdana Menteri untuk mengadakan persidangan parlimen dalam bulan September seperti yang dinyatakan dalam pelan pemulihan yang diumumkan sehari sebelum raja-raja bersidang.


Saya masih ingat waktu krisis perletakan jawatan Tun Dr Mahathir, YDPA telah memanggil semua ahli parlimen menghadap untuk YDPA mengetahui ahli Dewan Rakyat mana yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.


Setelah semua 222 Ahli Parlimen dipanggil akhirnya tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat mendapat majoriti. Sepatutnya pada Ketika itu YDPA boleh membubarkan dewan rakyat, tetapi YDPA merujuk kepada raja-raja yang akhirnya menasihatkan untuk menubuhkan kerajaan baru.


Maka lahirlah kerajaan Perikatan Nasional. Mengapa ketika masa itu kita boleh akur dan menjunjung titah YDPA?

Begitu juga apabila YDPA pernah menolak pandangan Jemaah Menteri untuk melaksanakan darurat pada tahun lalu. Pada masa itu tidak pula timbul issue krisis perlembagaan.

Saya sebagai Ahli Parlimen berpendirian Parlimen boleh bersidang walaupun dalam waktu darurat dan jika ada usul undi tidak percaya terhadap kerajaan hari ini sudah tentu saya tidak akan menyokongnya.

Parlimen haruslah bersidang bukan kerana kepentingan politik tetapi atas kepentingan rakyat dalam membantu kerajaan menyelamatkan negara dari serangan musuh yang kita tidak nampak (corona virus) dan krisis ekonomi.


Oleh itu, saya sebagai peguam bagi saya undang-undang ini is the matter of interpretation dan saya bersetuju dengan tafsiran Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang merupakan seorang tokoh politik yang berpengalaman dan mempunyai ijazah kedoktoran PHD dalam bidang perundangan.

Saya juga nak ucapkan tahniah di atas ketegasan Datuk Seri Zahid, Presiden UMNO yang membuat keputusan mendesak kerajaan mengadakan persidangan Parlimen dalam tempoh 14 hari, ini membuktikan UMNO sentiasa menjunjung dan mempertahankan kedaulatan raja-raja.


Tan Sri Mohd Nor Omar

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Merangkap MP Tanjong Karang, Selangor


bottom of page