top of page

Tiada Penalti Tahun Pertama Pelaksanaa STSDS

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

21 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan tiada pengenaan penalti sepanjang tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.


LHDN memaklumkan, konsesi khas itu melibatkan surat cara yang disetemkan di bawah STSDS bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem (BNDS) atau pemberian maklumat yang tidak tepat berhubung perkara yang memberi kesan kepada pengenaan duti.


Menurut agensi itu, tempoh konsesi khas tanpa pengenaan penalti berkenaan terpakai bagi permohonan penyeteman yang dikemukakan mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2026.


“Pemberian konsesi khas ini dilaksanakan sebagai langkah pendidikan dan sokongan peralihan bagi memupuk kesedaran serta menggalakkan pematuhan secara sukarela dalam kalangan pembayar duti.


“Dalam masa sama, ia menyediakan tempoh mencukupi untuk pembayar duti memahami prosedur yang ditetapkan dan melaksanakan penyeteman sendiri secara elektronik dengan berkesan,” menurut kenyataan itu.


LHDN memaklumkan konsesi khas itu turut terpakai bagi sebarang kesalahan di bawah subseksyen 72D(2) Akta Setem 1949 yang dikenal pasti melalui penemuan audit sepanjang tempoh tersebut.


Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan STSDS, katanya Sistem e-Duti Setem telah dibuka untuk akses awal melalui portal MyTax bagi membolehkan pembayar duti menjalankan pengujian serta membuat persediaan sewajarnya.


Pembayar duti yang menghadapi sebarang masalah berkaitan sistem itu boleh menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000, menggunakan perkhidmatan Hasil Live Chat atau mengemukakan maklum balas menerusi portal rasmi LHDN.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page