top of page

Tiada perubahan harga petrol dan diesel hingga 2 Ogos

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 26, 2023
  • 1 min read

26 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel pada paras semasa bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 2 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira harga minyak mentah dunia.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, harga runcit petrol RON97 juga akan kekal pada RM3.37 seliter.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page