Tiga rumah dan tiga kenderaan musnah terbakar
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

25 Mei 2025
PAPAR: Tiga keluarga hilang tempat tinggal selepas tiga rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Laut Kinarut, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal turut dilaporkan musnah terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8 pagi.

Katanya, sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk pasukan bantuan daripada BBP penampang dan Putatan bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan tiga rumah kediaman jenis tidak kekal dan tiga kenderaan iaitu Perodua Myvi, Perodua Kancil dan motorsikal musnah terbakar.
“Pasukan operasi terus melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutan dari jentera BBP Putatan, BBP Papar dan BBP Penampang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 8.39 pagi dan tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, setelah dipastikan tiada bahaya lain termasuk punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semua, operasi ditamatkan pada jam 11.08 pagi.
Comments