Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan polis disyaki miliki dadah
- nabalunews
- Sep 24
- 1 min read

24 September 2025
KUALA LUMPUR: Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru melaporkan diri untuk bertugas pada minggu lalu ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penahanan pegawai itu di rumahnya semalam.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menemui bahan terlarang disyaki dadah di lokasi penahanan.
"SPRM mengambil maklum berhubung tangkapan melibatkan seorang TPR yang baru melaporkan diri untuk bertugas di suruhanjaya ini minggu lepas.
"SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, SPRM menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan, dan komited memastikan integriti serta tatakelola organisasi sentiasa dipelihara.


















Comments