top of page

Tingkatkan pemantauan, elak kenaikan harga barangan - Fahmi

  • nabalunews
  • Aug 21, 2024
  • 1 min read

21 Ogos 2024


PUTRAJAYA: Semua kementerian diarah meningkatkan pemantauan di pelbagai peringkat bagi mengelak berlaku kenaikan harga barangan susulan pengumuman mengenai kenaikan gaji penjawat awam di bawah skim baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hujung tahun ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.


Beliau berkata Jemaah Menteri juga akan turun padang meninjau kawasan masing-masing atau lokasi yang dirasakan perlu untuk dilaksanakan pemantauan, lapor Bernama.


“(Ada) keperluan untuk memastikan aspek penguatkuasaan dipertingkat (bagi) memastikan harga barang tidak naik terutama makanan di restoran.


“Ada peringatan khusus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi kementerian-kementerian (lain) juga diminta untuk tingkatkan pemantauan,” katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.


Merujuk kepada sesi libat urus Belanjawan 2025 bagi semua kementerian, Fahmi berkata sesi libat urus akan diteruskan bagi mendapatkan maklum balas untuk penyediaan dokumen berkaitan perkara itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page