top of page
nabalunews

TPM Ahmad Zahid mahu Menteri Pertahanan pastikan tiada lagi kes buli di UPNM


24 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memastikan supaya tidak berlaku lagi kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Beliau berkata tujuh tahun lalu negara dikejutkan dengan insiden buli membabitkan mahasiswa di UPNM sehingga menyebabkan kematian dan ini tidak sepatutnya berlaku.


“Datuk Seri Khaled, UPNM di bawah Menteri Pertahanan, pastikan tidak lagi berlaku buli di UPNM,” kata Presiden UMNO itu dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini, lapor Bernama.


Pada 23 Julai lalu, Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.


Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Ahmad Zahid berkata kes-kes buli itu melibatkan kes buli fizikal di sekolah dan pusat pengajian selain kes buli siber, dan berdasarkan data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sehingga 10 Julai lepas, secara purata 10 kes buli siber berlaku setiap hari.

Comments


bottom of page