Transaksi Penghargaan SARA Hari Kelima Berjalan Lancar.
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

4 September 2025
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hari kelima berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM106.1 juta.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, hari ini, berkata, ia melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam tadi.
Katanya, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5 peratus hari ini, selaras dengan prestasi semalam.
“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.
“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 6.6 juta rakyat atau 30 peratus daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM425.2 juta di seluruh negara,” katanya.