Trump iktiraf peranan Malaysia jayakan gencatan senjata Kemboja–Thailand
- nabalunews
- Sep 25
- 1 min read

25 September 2025
KUALA LUMPUR: Presiden Donald Trump hari ini mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan negara dan keteguhan ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiktirafan itu disampaikan Trump dalam perbualan menerusi telefon dengan pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu hari ini.
Anwar berkata, dalam perbualan itu beliau menegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau, khususnya terkait isu Kemboja–Thailand.
“Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh AS dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia menantikan kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan.
Menurutnya, sidang berkenaan akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Comments