top of page

Tukar Lesen PDL ke CDL hanya menerusi aplikasi MyJPJ

  • nabalunews
  • Feb 17
  • 1 min read

17 Februari 2025


PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan kemudahan permohonan penukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara digital melalui aplikasi MyJPJ bermula hari ini.


Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli, dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat permohonan CDL secara atas talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.


Katanya, menerusi fungsi baharu itu, seramai lebih 2.38 juta pemegang lesen PDL kini boleh membuat permohonan penukaran dengan lebih mudah.


“Penukaran leen CDL kini lebih mudah dan pantas melalui aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa menggunakan telefon pintar.


“Aplikasi MyJPJ juga direka mesra pengguna bagi memastikan kemudahan akses kepada semua lapisan masyarakat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Aedy berkata, fungsi baharu ini menawarkan beberapa kelebihan utama, antaranya proses permohonan yang lebih ringkas dan cepat.


"Inisiatif ini akan mempermudahkan urusan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara digital serta menjadi langkah strategik JPJ dalam mengurangkan kesesakan di kaunter perkhidmatan.


“JPJ komited dalam meningkatkan kualiti dan mutu penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page