top of page
  • nabalunews

TULAR MEMO NAMA MUHYIDDIN KEPADA MAHIADDIN


Memo yang tular di media sosial

16 Jun 2021


PUTRAJAYA: Memo berkaitan penukaran nama Muhyiddin Yassin kepada Mahiaddin Md Yasin tular di media sosial sejak semalam.


Memo tersebut dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Sulit Mahiaddin kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat mereka.


Menurut memo tersebut, penggunaan nama baharu Mahiaddin Md Yasin dibuat susulan pandangan Jabatan Peguam Negara.


Sejak tularnya memo tersebut semalam, netizen mempersenda kredibiliti Mahiaddin.


Tidak kurang banyaknya netizen yang terus menggesa beliau meletak jawatan di atas kegagalan menangani pandemik Covid-19 di negara ini, bukannya mahu namanya ditukar semata-mata.


Pada April lepas, Mahkamah Tinggi telah membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani oleh Mahiaddin yang menggunakan nama Muhyiddin ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri ke atas Awang Sari Lasikan.


Pada 9 Mac 2020, Awang Sari ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.


Bagaimanapun, mahkamah membatalkan perintah penahanan tersebut kerana dikeluarkan atas nama yang tidak sama dengan nama diwartakan melalui Warta Kerajaan.

Comments


bottom of page