Tun Musa Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
- nabalunews
- Jul 16, 2025
- 1 min read

16 Julai 2025
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Mesyuarat Majlis Raja- Raja ke-269 di Istana Negara, hari ini, dengan diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut berangkat menghadiri mesyuarat ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kali terakhir mesyuarat berkenaan diadakan pada 5 Februari dipengerusikan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.















Comments