top of page

UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason

  • nabalunews
  • Feb 12
  • 1 min read

12 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pensyarah kanannya yang dikaitkan sebagai pengikut kumpulan Freemason.


Universiti itu dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum isu yang tular itu dan akan mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perkara tersebut.


“Siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.


"Orang ramai dinasihatkan supaya membenarkan proses siasatan berjalan tanpa gangguan dan mengelakkan spekulasi atau penyebaran maklumat yang tidak disahkan, bagi melindungi integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat," menurut kenyataan itu.


UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap isu ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.


Terdahulu, tular di media sosial mendakwa seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan dan isterinya terlibat sebagai pengikut Freemason berdasarkan perkongsian gambar hantaran terbabit.


Hantaran berkenaan menggambarkan pertubuhan itu sebagai tidak berlandaskan Islam dan mempersoalkan keputusan universiti melantik pensyarah berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page