UMNO cabar PN segera panggil Sidang Khas Parlimen buktikan majoriti UMNO cabar PN segera panggil Sidang Khas Parlimen buktikan majoriti
top of page
  • Nur Syafiqah Abdullah

UMNO cabar PN segera panggil Sidang Khas Parlimen buktikan majoriti


Presiden UMNO Zahid Hamidi

4 Ogos 2021

Oleh Nur Syafiqah Abdullah

KUALA LUMPUR: UMNO telah mencabar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Tan Sri Muhyiddin masih mempunyai majoriti.


Presiden parti tu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa tiada keperluan untuk menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada bulan September jika benar Perdana Menteri itu masih mempunyai majoriti.


"Kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas mendakwa Kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar. Sebelum ini, PN hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong.


"Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada 30 Julai bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.


"Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Menurut Zahid, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO juga telah bertambah lagi setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 bagi menarik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.


Penarikan itu atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, tambahnya.


Beliau berkata, warkah telah diutus kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.


Terdahulu, Muhyiddin melalui satu Perutusan Khas hari ini mengeaskan Kerajaan masih berdiri teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah.


bottom of page