UMNO DISERU PUTUSKAN SEGERA HUBUNGAN DENGAN PPBMUMNO DISERU PUTUSKAN SEGERA HUBUNGAN DENGAN PPBM
top of page
  • nabalunews

UMNO DISERU PUTUSKAN SEGERA HUBUNGAN DENGAN PPBM


Tengku Razaleigh Hamzah

2 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat Majlis Tertinggi parti itu wajar segera memutuskan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Dalam perkongsiannya melalui Facebook beliau hari ini, Tengku Razaleigh atau Ku Li mendesak agar Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat keputusan berhubung perkara itu.



"Majlis Tertinggi mesti mengadakan Mesyuarat Tergempar memutuskan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan Parti Bersatu mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian Umno dan wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Perikatan Nasional," katanya.


Beliau juga meminta ahli-Ahli Parlimen daripada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turut sama mengundi menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen bersidang.



bottom of page