top of page

UMS Sediakan Kaunter Runding Cara & Konsultasi Permohonan UPUOnline

  • nabalunews
  • Feb 19
  • 1 min read

19 Februari 2025


KOTA KINABALU: Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka Kaunter Runding Cara dan Konsultasi bagi permohonan kemasukan sesi akademik 2025/2026.


Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, perkhidmatan itu bertujuan memberikan bimbingan dan khidmat nasihat kepada pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan setaraf melalui UPUOnline.


Katanya, sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat boleh hadir ke Ruang Lobi Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS sepanjang tempoh operasi kaunter.


“Kaunter ini beroperasi pada waktu bekerja dari jam 9 pagi hingga 4 petang, bermula 10 Februari hingga 14 Mac depan bagi permohonan Fasa 1.


“Pemohon digalakkan untuk membawa komputer riba atau peranti yang bersesuaian bagi memudahkan sesi runding cara dan konsultasi.


“Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Seksyen Promosi, Pengambilan, dan Kemasukan Pelajar di talian 088-329061,” katanya.


Menurut kenyataan itu, sebagai sebuah universiti komprehensif, UMS menawarkan empat program Asasi dan satu program Diploma kepada lepasan SPM, serta 66 program Sarjana Muda untuk lepasan STPM atau setaraf.


“Pemohon juga disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program akademik yang ditawarkan melalui laman web rasmi UMS,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page