top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Kundasang turun padang bantu penduduk kampung di Bundu Tuhan

2 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Program turun padang untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk parti-parti politik.


Menyedari tanggungjawab itu, Penyelaras Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) DUN Kundasang Rogers Tiam mengambil inisiatif melaksanakan program itu di kawasan Bundu Tuhan.


Rombongan mereka melawat beberapa rumah di Kampung Siba Bundu Tuhan dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan orang kelainan Upaya (OKU) yang sakit terlantar bagi meringankan beban keluarga mereka.

“Kunjungan ke rumah penduduk kampung juga bertujuan mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin dikalangan masyarakat Kg.Bundu Tuhan,” katanya.


Kampung Siba Bundu Tuhan adalah salah satu daripada empat cawangan UPKO yang berdaftar di Bundu Tuhan. Program tersebut itu diadakan bagi mengemas kini cawangan UPKO Kampung Siba Bundu Tuhan.


Dalam pada itu, UPKO Kundasang telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan dan menyelaras penubuhan koperasi keusahawanan di kampung itu.


Turut hadir dalam program tersebut ialah Penolong Bendahari Bahagian UPKO DUN Kundasang Tan Eng Tick, Ketua Cawangan Siba Lawrencius Lakinson dan AJK Siba Bundu Tuhan.

Comments


bottom of page