top of page

UPKO Libaran sampaikan bantuan bakul makanan kepada 15 keluarga B40

  • nabalunews
  • Aug 7, 2024
  • 1 min read
ree

6 Ogos 2024


SANDAKAN : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Libaran hari ini menyampaikan sumbangan bantuan bakul makanan kepada 15 keluarga dari golongan B40 di Kampung Pertanian, Batu 25, Sandakan.


Sumbangan bakul makanan itu disampaikan kepada penerima oleh Ketua Bahagian UPKO Libaran Dr Peter Jr Naintin.


Dalam kesempatan ini juga, UPKO Libaran mendekati penduduk di cawangan UPKO Kampung Pertanian, Batu 25 Sandakan untuk berkongsi minda mengenai perkembangan politik semasa dan terkini, gerakan koperasi dan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk usahawan tempatan.


Sesi perjumpaan ini berjalan lancar dan memberikan banyak manfaat kepada penduduk kampung berhubung informasi mengenai pelbagai program bantuan dan pembiayaan kerajaan melalui KUSKOP untuk usahawan tempatan di kawasan luar bandar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page