UPKO LIBARAN SUMBANG BUKU LATIHAN, PELITUP MUKA KEPADA 500 PELAJAR B40UPKO LIBARAN SUMBANG BUKU LATIHAN, PELITUP MUKA KEPADA 500 PELAJAR B40
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO LIBARAN SUMBANG BUKU LATIHAN, PELITUP MUKA KEPADA 500 PELAJAR B40



Dr.Peter (dua kanan) menyampaikan sumbangan pelitup muka dan buku teks kepada wakil ibu bapa pelajar B40.

28 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran menyampaikan sumbangan Bantuan Buku Latihan dan Pelitup Muka kepada 500 murid daripada keluarga B40 di sekitar Libaran.


Ketua UPKO Bahagian Libaran Dr.Peter Jr. Naintin berkata, bantuan itu diberikan sebagai persediaan persekolahan yang akan dibuka bermula esok.



"Penerima bantuan buku latihan dan pelitup muka adalah pelajar dari pra-sekolah sehingga Tingkatan 5 dari Kg.Batu Butih,Batu 7 `dan Kg Padas, Sg Manila Batu 12.


Dr.Peter menyampaikan sumbangan Buku Latihan kepada salah seorang pelajar.

"Ini merupakan program tahun ketiga bagi UPKO Libaran membuat pelayanan rakyat dengan menghulurkan Bantuan Buku Latihan kepada pelajar B40 di sekitar Libaran," katanya selepas penyerahan sumbangan, di sini, kelmarin.


Dr.Peter berkata, UPKO Libaran akan meneruskan program itu untuk membantu murid B40 di Kg Sg Memanjang seramai 100 murid dan Kg.Jaya Bakti seramai 50 murid.


Dr.Peter menyampaikan sumbangan Buku Latihan kepada salah seorang pelajar.

"Program Motivasi Modal Insan B40 ini merupakan satu inisiatif bersama NGO Big Heart Libaran untuk membantu keluarga dan murid sekolah dalam aktiviti pembelajaran mereka.


"Harapan kami agar lebih ramai murid yang memerlukan bantuan dapat diberikan bantuan. Pada bulan depan, kami akan mengenalpasti dan menyalurkan bantuan kepada lebih 200 murid B40," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan bantuan dan derma individu serta syarikat-syarikat yang berminat untuk menyalurkan bantuan kewangan sebagai antara satu program kebajikan dan Tanggungjawab Sosial Syarikat mereka bagi membantu pelajar B40 di kawasan Libaran.


"Saya dan pasukan menitikberatkan pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan tenaga kerja professional dan mahir untuk pembangunan negeri Sabah," katanya.



bottom of page