UPKO lulus enam usu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO lulus enam usul



15 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meluluskan enam usul pada persidangan perwakilan tritahunan parti itu di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, hari ini.


Usul itu ialah Pindaan Perlembagaan Parti, Pelantikan politik dalam kerajaan Sabah, Pemerkasaan Parti, Mengkaji Semula Sistem Kuota Sedia Ada, Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Hal Ewal Tanah.


Ketika membentangkan Usul Pindaan Perlembagaan Parti, Setiausaha Agung Upko Nelson Angang berkata, bagi memperkasakan parti dan memperhalusi Perlembagaan Parti untuk memenuhi cabaran semasa, maka adalah wajar membuat penambahan serta penambahbaikkan dari segi peraturan, keahlian dan juga bidang kuasa Majlis Tertinggi.


“Seseorang ahli yang dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, Senator atau Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah dengan persetujuan Majlis Tertinggi berhenti sebagai ahli parti sekiranya ingkar dengan sebarang arahan yang dikeluarkan,” katanya.


Dr.Peter Jr.Naintin ketika membentangkan usul itu berkata, Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO 2023 membuat ketetapan agar Kerajaan Sabah menerima cadangan bahawa proses pendemokrasian di peringkat kampung dapat diutamakan, dikaji dan diperincikan secepat mungkin.


“Perkara ini penting bagi pihak Kerajaan Sabah dalam usaha menggariskan prosedur pemilihan termasuk syarat kehadiran korum dan tempoh berkempen di sesebuah kampung tersebut.


“Ini bertujuan pimpinan jawatan MPKK ataupun JPKK tersebut mencerminkan suara dan kehendak akar umbi.


Beliau berkata, UPKO turut menggesa supaya formula alternatif nisbah 60:40 digunakan untuk baki penggal ini, di mana setiap ADUN yang menang (ataupun individu yang dilantik sebagai penyelaras) diberikan mandat melantik sekurang-kurangnya 60% daripada pelantikan politik di peringkat daerah bagi setiap MPKK ataupun JPKK; Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran, dan Mahkamah Anak Negeri Sabah.


“Manakala, selebihnya iaitu 40% diperuntukkan untuk parti-parti politik lain yang menyokong Kerajaan Sabah,” katanya.


Usul mengkaji semula system kuota sedia ada berkaitan pemilihan calon parti-parti kompenan PH pada pilihan raya akan datang.


Perwakilan menggesa agar kompenan PH mengkaji semula sistem kuota secara mendalam kerana ia tidak lagi relevan.


“Kuota bagi meletakkan calon di sesuatu kawasan untuk Parlimen atau DUN perlu dikaji semula kerana pendekatan sedia ada memberi kesan kepada peluang individu berkelayakan atau calon berpotensi besar dan mempunyai sokongan kuat bertanding di kawasan itu.


“oleh itu, perwakilan PH meletakan tiga keutaman bagi pemilihan calon iaitu Berkemampuan, lebih disukai, dikenali, mesra rakyat dan mempunyai pakej yang sesuai menjadi wakil rakyat,” kata Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Mojuntin ketika membentangkan isu itu.


Usul mengenai kepimpinan PH Sabah turut dibentangkan. Usul ini menggesa agar Pengerusi PH Sabah diterajui oleh parti politik tempatan iaitu UPKO.


bottom of page