Upko Papar komited teruskan perjuangan partiUpko Papar komited teruskan perjuangan parti
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Upko Papar komited teruskan perjuangan parti


Semasa mesyuarat AJK Bahagian UPKO P175 Papar.

16 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PAPAR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bahagian Papar terus komited meneruskan perjuangan parti dengan semangat juang yang tinggi, tabah dan kental.


Ketua Bahagian UPKO Papar Datuk Gilbert Sham berkata walaupun terdapat banyak parti politik lain di Sabah namun baginya Upko adalah parti terbaik untuk meneruskan perjuangan rakyat Sabah.


“Saya dan semua ahli UPKO Papar termasuk AJK Bahagian akan tetap bersama di dalam landasan pejuangan parti.


“UPKO adalah parti yang sudah berakar dalam hati kami, demikian juga kepercayaan saya terhadap kesetiaan keluarga UPKO di kawasan Papar,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusi mesyuarat AJK Bahagian UPKO P175 Papar di rumah kediamanya di Kg Sulim Kinarut, kelmarin.


Gilbert dalam ucapannya juga menzahirkan penghargaan kepada semua AJK bahagian UPKO Papar yang masih tetap mendukung parti UPKO sebagai landasan perjuangan politik.

Tags:

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page