UPKO sampaikan sumbangan katil pesakit daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada 2 penduduk Kg Mansud, Kuala Penyu
- nabalunews
- Aug 30, 2024
- 1 min read

30 Ogos 2024
KUALA PENYU : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meneruskan pelayanan di akar umbi dengan menziarahi dan menyantuni dua penduduk di Kampung Mansud Kuala Penyu hari ini.
Dalam lawatan itu, Setiausaha Agung UPKO, Senator Datuk Nelson W. Angang yang juga Ketua Bahagian UPKO Beaufort menyampaikan sumbangan katil pesakit daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada Apin Jesmeh dan Nazri Musli.
Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban penduduk berkenaan.

Comments