UPKO terbuka menerima ahli baru
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO terbuka menerima ahli baru


6 March 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu-UPKO sentiasa terbuka untuk menerima keahlian baru tidak kira bangsa dan agama.


Naib presiden Datuk Wong Thien Fook berkata sejak penjenamaan baru dahulu, pintu UPKO sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai perjuangan parti itu.


"Mungkin masi ramai lagi yang tidak tahu tetapi UPKO sebenarnya merupakan suatu parti yang berbilang kaum.


"Saya sendiri berbangsa cina tetapi ramai dalam jawatankuasa berbangsa (bumiputera-Islam) seperti Sungai dan Bajau.


"Kami di UPKO mengamalkan konsep persahabatan dan saya percaya segala perjuangan titik mulanya adalah dari persahabatan. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai perjuangan UPKO, talian perhubungan itu akan bermula dari persahabatan. Dari persahabatan yang erat lah kita memupuk talian perjuangan yang jitu," katanya.


Datuk Wong berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan borang keahlian baru di pejabat UPKO Pusat di Penampang tengahari tadi.


Pada majlis itu, Datuk Wong menerima borang-borang keahlian dari Rama Buni yang mewakili ahli-ahli lain untuk pembukaan cawangan UPKO baru di Unggun Jaya, Sepanggar.


Sementara itu, Rama berkata dia dan rakan-rakan lain membuat keputusan menyertai UPKO kerana tertarik dengan pendekatan terbuka parti itu.


Rama menyatakan keyakinannya dalam bimbingan pemimpin-pemimpin UPKO yang dilihat ikhlas dan komited dalam perjuangan melindungi hak rakyat dan mempertingkatkan pembangunan negeri Sabah.


Dalam pada itu, Datuk Wong meluahkan kegembiraannya menerima keahlian baru dan berharap dapat berkerja rapat dengan ahli-ahli baru untuk mengukuhkan lagi kedukukan UPKO dalam pentadbiran negeri dan negara.


Sementara itu bendahari-agung UPKO-merangkap-ketua bahagian UPKO Kota Kinabalu Dennison R Indang menerima borang keahlian baru dari Panil bin Jibul yang menyertai bahagian Kudat. Dennison menerima borang bagi pihak ketua bahagian UPKO Kudat Junsim Ruminzing.


Turut hadir pada majlis tersebut setiausaha eksekutif UPKO Datuk William Sampil dan pegawai penerangan bahagian UPKO Kota Kinabalu Arfandi Jaafar.

bottom of page