- nabalunews
UPKO terima 50 ahli baharu di Kampung Buis, Telupid
1 Ogos 2024
TELUPID : Keyakinan dan kepercayaan warga Telupid di peringkat akar umbi khususnya di Kampung Buis ke atas kepimpinan dan komitmen Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Beluran, Felix Joseph Saang, mendorong penyertaan 50 ahli baharu ke dalam UPKO, sekaligus memperkasakan lagi pergerakan parti di peringkat cawangan.
Borang permohonan menyertai UPKO diserahkan kepada Felix di satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Kampung Buis di sini, baru-baru ini.
"Terima kasih dan selamat datang ke keluarga besar UPKO kepada rakan-rakan baru Kg Buis yang telah memilih langkah progresif. Kita teruskan pelayanan dan khidmat bakti kepada komuniti seadanya," kata Felix dalam ucapan ringkasnya di majlis berkenaan.
Sesi dialog turut diadakan bersama Felix bagi mendengar terus permasalahan yang sentiasa menjadi rungutan warga kampung serta sesi ramah mesra dan santai.
Rata-rata warga kampung Buis yang ditemui menyatakan keyakinan dan kepercayaan dengan karisma dan kepimpinan Felix.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Ketua Generasi Muda Bahagian dan AJK bahagian yang lain serta Ketua Generasi Muda Bahagian Telupid, Emmanuel Atin.
Comments