Usahawan AIM layak digelar “Bonda Negara”
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Usahawan AIM layak digelar “Bonda Negara”

19 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA TERENGGANU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) layak digelar “Bonda Negara”.

Beliau berkata, ini kerana usahawan-usahawan AIM tidak pernah mengenal erti jemu dan penat membangunkan keluarga bagi memastikan akan-anak dan seisi keluarga menikmati kehidupan yang lebih selesa.

“Selalunya kita mendengar Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, tetapi belum pernah ada Bonda Negara. Saya menggelar usahawan AIM sebagai Bonda Negara kerana ibu-ibu yang dibantu oleh AIM menjadi inspirasi kepada kita semua.

“Oleh itu, usahawan AIM layak diberi gelaran Bonda Negara kerana telah membantu membangunkan negara ini di lapangan sebagai banteng membasmi kemiskinan rakyat kita dan membantu ibu-ibu yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran Produk Sambal Mek Ngoh, milik usahawan AIM Haslinda Wahab, di sini, hari ini.

Ewon berharap, AIM akan terus membantu usahawan-usahawan wanita khususnya golongan ibu yang dengan mempermudahkan proses pembiayaan.

Ewon berkata: “Dua hari yang lepas saya meraikan sambutan ringkas Ulang tahun ibu saya yang ke-70 tahun tahun. Saya tanya apa dia punya keinginan untuk saya laksanakan. Salah satunya dia mengatakan untuk kita terus bantu ibu-ibu seperti ibu saya kerana ibu saya juga sama seperti saudara saudari”.

“Umur saya 6 tahun, ibu saya sudah menjadi ibu tungga, bapa saya meninggal dunia dan dia telah melaksanakan segala galanya yang boleh dilaksanakan oleh seorang ibu. Dia tanam sayur dan jual sayur dia buat kuih dan jual, dia pelihara ternakan dan jual ternakan tersebut untuk sekolahkan saya dan juga adik saya,” katanya.


Oleh itu beliau berharap kejayaan sahabat AIM akan meningkatkan lagi semangat dan motivasi sahabat-sahabat AIM lain di seluruh negara.

bottom of page