top of page

Wajibkan majikan swasta beri kenaikan gaji tahunan - MTUC

  • nabalunews
  • Aug 18, 2024
  • 1 min read

18 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meminda Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi memasukkan peruntukan khusus mewajibkan pihak swasta membuat penstrukturan gaji, termasuk kenaikan upah tahunan.


Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Maktar Siwang, berkata cadangan pindaan itu bertujuan menjamin terdapat pergerakan kadar upah kakitangan swasta secara tahunan.


Ini kerana, katanya, ketiadaan peruntukan sedemikian mengakibatkan ramai kakitangan swasta menerima kadar upah statik dengan ada sebahagian yang berlarutan bagi jangka panjang.


"Terdapat kakitangan swasta yang bekerja melebihi 10 tahun tetapi masih menerima gaji RM1,700 sebulan dan kadar upah berkenaan tidak setimpal dengan tempoh perkhidmatan mereka.


"Malah, ada syarikat yang mendapat keuntungan tinggi tetapi hanya menumpukan kenaikan kadar upah kepada pengurusan tertinggi berbanding gaji pekerja bawahan sehingga jurang gaji melebihi 100 kali ganda.


"Justeru, dalam usaha menyampaikan mesej kepada syarikat swasta supaya menaikkan gaji perlu disertakan dengan arahan jelas dan tegas," katanya kepada Berita Harian, semalam.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page