top of page

Wanita nadi kekuatan keluarga, penggerak kemajuan negara - Anwar

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

8 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan wanita sebagai nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat dan penggerak penting kemajuan negara.


Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, beliau mengajak semua pihak menghargai peranan golongan hawa yang bukan hanya terbabit menguruskan keluarga semata-semata, sebaliknya turut menyumbang dalam memajukan negara.


“Sesungguhnya, kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta.


“Sempena Hari Wanita Antarabangsa, marilah kita bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan besar wanita, serta memastikan mereka terus dihormati, diperkasa dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Dalam pada itu, Anwar berkata beliau secara peribadi amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupannya.


Kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak, beliau menzahirkan penghargaan buat mereka kerana sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran serta dukungan sepanjang perjuangan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page