top of page

Wanita UPKO Kota Belud sampaikan sumbangan kepada dua pesakit kronik

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 29, 2024
  • 1 min read

ree

29 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program Sentuhan Kasih Wanita UPKO Bahagian Kota Belud diteruskan dengan penyerahan sumbangan bakul makanan dan wang saku kepada dua pesakit kronik di Kampung Melangkap Tiong dan Kampung Bayayat, di sini baru-baru ini yang bertujuan untuk meringankan beban penerima.


Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan tugas dan masa, Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita UPKO Kota Belud tetap komited memastikan program ini dapat dijayakan.


Ketua Wanita UPKO Kota Belud, Datin Saniah Tuak menegaskan program Sentuhan Kasih ini sudah lama dimulakan dan akan diteruskan pada masa akan datang bagi membantu golongan yang memerlukan.


Saniah menjelaskan bahawa Wanita UPKO Kota Belud mengambil pendekatan berganti-ganti untuk melaksanakan program Sentuhan Kasih ini.


Katanya meskipun tidak semua AJK Wanita UPKO Kota Belud dapat hadir serentak, mereka tetap berusaha memastikan program ini berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.


"Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan penerima, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antara rakyat marhaen dan wanita UPKO Kota Belud," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page