WANITA UPKO MAHU LEBIH RAMAI WANITA SERTAI UPKOWANITA UPKO MAHU LEBIH RAMAI WANITA SERTAI UPKO
top of page
  • Wartawan Nabalu News

WANITA UPKO MAHU LEBIH RAMAI WANITA SERTAI UPKO


Mohina Sidom

19 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Upko mengalu-alukan lebih ramai wanita menyertai parti itu dalam usaha memperkasakan kedudukan wanita terutamanya wanita di luar bandar.


Ketua Pergerakan Wanita UPKO Kinabatangan Mohina Sidom berkata, penyertaan wanita dalam parti itu penting sebagai lndasan mengutarakan isu-isu berkaitan wanita di negeri ini.


Beliau berkata, antara misi pergerakan wanita adalah untuk menarik lebih ramai wanita daripada pelbagai etnik menyertai parti itu dalam usaha memperkasakan kedudukan wanita dalam parti.


“Saya berharap melalui penyertaan lebih ramai wanita dalam parti, kita dapat menghasilkan pemimpin wanita yang visionary, komited dan berpotensi untuk menyertai kabinet serta menjadi penggubal dasar suatu hari nanti.


“Separuh daripada pengundi di Sabah dan di kawasan kami adalah wanita tetapi masih ramai lagi wanita yang terabai.


“Wanita-wanita ini juga under represented disebabkan kurangnya pemimpin wanita dalam kabinet Sabah, iaitu kurang 10 peratus, sangat jauh daripada sasaran 30 peratus,” katanya semasa Webinar melalui Zoom bertajuk “Peneraju Perjuangan Rakyat: Siri ke-2”, semalam.


Mohina berkata, berdasarkan rumusan melalui perbincangan dengan kumpulan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak untuk wanita pelan pembangunan dan pelan-pelan sedia ada tidak menitikberatkan penglibatan wanita malah dalam sektor pekerjaan tertentu, peranan wanita agak terhad.


Sehubungan itu katanya, Pergerakan Wanita UPKO Malaysia akan terus progresif melaksanakan program-program yang bermanfaat untuk rakyat.


“Kami menyokong segala usaha pucuk pimpinan Upko dalam merealisasikan visi UPKO sebagai peneraju perjuangan rakyat,” katanya.


bottom of page