Warisan sedia kerjasama dengan MUDA pada PRU-15Warisan sedia kerjasama dengan MUDA pada PRU-15
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Warisan sedia kerjasama dengan MUDA pada PRU-15


20 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah bersedia bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).


Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti Warisan juga bakal dilancarkan secara rasmi di Semananjung Malaysia dan akan mengumumkan kerjasama antara parti Muda.


Namun demikian, beliau berkata kerjasama antara dua parti tersebut masih dalam perbincangan dan perlu diperhalusi.


“Saya turut menawarkan peluang kepada Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk calon partinya bertanding atas tiket Warisan pada PRU15 jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) gagal mendaftarkan parti itu nanti,” katanya dalam laporan Malay Mail.


Shafie menjelaskan bahawa partinya akan berpaksikan kepada parti berbilang bangsa.


“Platform kami adalah berbilang kaum. Oleh itu, saya mahu golongan muda menyertai kami kerana mereka lebih berani dan bersedia melakukan perubahan,” ujarnya lagi.

bottom of page