Warisan tolak dakwaan akan tanding semua kerusi parlimen pada PRU15 Warisan tolak dakwaan akan tanding semua kerusi parlimen pada PRU15
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Warisan tolak dakwaan akan tanding semua kerusi parlimen pada PRU15


24 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Parti Warisan menolak dakwaan akan bertanding semua kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum – Ke 15 (PRU15) nanti.


Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah berkata, baru-baru ini Warisan menyatakan kesediaan untuk bertanding di kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia bagi Pilihan Raya ke-15 (PRU15) dengan kerjasama parti MUDA.


Presiden parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian dalam sesi ZOOM bersama The Concorde Club yang terdiri daripada wartawan-wartawan kanan di Malaysia.


“Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa jumlah kerusi dan kawasan yang akan ditandingi, kerana perkara ini masih di dalam pertimbangan dan perbincangan di peringkat pusat.


“Ulasan yang dibuat oleh beliau adalah sebagai respon spontan apabila ditanya oleh wartawan di dalam pertemuan melalui aplikasi ZOOM berkenaan.


“Namun, perkara ini telah menarik perhatian ramai, khususnya pemerhati dan pengikut perkembangan politik sehingga ada yang sanggup menabur fitnah di media sosial kononnya Warisan akan bertanding di semua kerusi parlimen pada PRU15,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Tambahnya, partinya menolak dakwaan tersebut dan pada masa ini semua pemimpin Warisan di setiap peringkat sentiasa fokus mengangkat isu dan permasalahan rakyat yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.


“Perbuatan menyebar berita palsu itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan secara jelas ingin mengelirukan rakyat,” jelasnya.


bottom of page