top of page

Wujudkan Kawal Selia Industri Kecantikan Melalui ‘Self-Regulation’: Ahli Parlimen Tuaran

  • nabalunews
  • 45 minutes ago
  • 1 min read

ree

14 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan mekanisme kawal selia kendiri atau self-regulation bagi industri kecantikan di negara ini.


Beliau berkata, industri berkenaan kini berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan lima peratus setahun dan dianggarkan bernilai RM13.5 bilion, justeru kerajaan perlu memberi perhatian khusus terhadap sektor tersebut.


“Untuk mengawal selia industri ini, kerajaan memerlukan perbelanjaan besar sama ada melalui Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.


“Tuaran mencadangkan agar industri ini dikawal selia oleh pihak industri sendiri melalui kaedah self-regulation, seperti profesion guaman,” katanya.


Madius berkata, pendekatan itu wajar kerana para penggiat industri sudah pun mempunyai persatuan profesional yang diiktiraf dan disijilkan, iaitu Association of International Certified Aestheticians (AICA).


“Kerajaan tidak seharusnya membiarkan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) cuba mengawal selia industri ini dengan menggunakan perundangan yang boleh dipertikaikan oleh badan-badan profesional sedia ada,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Belanjawan 2026 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page