Ziarah Takziah & Sumbangan Touch Point Buat Keluarga Mendiang Stywon Galau
- nabalunews
- 6 minutes ago
- 1 min read

27 September 2025
KOTA BELUD: Staff Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah mengadakan lawatan ziarah takziah ke rumah keluarga mendiang Stywon Galau di Kampung Lobong Lobong, Kota Belud.
Lawatan tersebut diadakan sempena sembahyang Rosary hari kedua bagi mendiang, sebagai tanda penghormatan dan solidariti kepada ahli keluarga yang sedang melalui detik-detik kesedihan atas kehilangan insan tersayang.
Dalam lawatan itu, wakil Pusat Khidmat turut menyampaikan sumbangan Touch Point Takziah kepada isteri mendiang, Puan Dulima Burut, sebagai sokongan moral dan keprihatinan pihak Datuk Ewon terhadap masyarakat di kawasannya.

Keluarga mendiang menzahirkan rasa terharu atas kehadiran dan sumbangan tersebut, dan menyatakan penghargaan terhadap keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Pusat Khidmat ADUN Kadamaian.