Zii Jia naik ke ranking ketujuh duniaZii Jia naik ke ranking ketujuh dunia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Zii Jia naik ke ranking ketujuh dunia


11 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia kini menduduki ranking ketujuh dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melonjak naik satu anak tangga berbanding kedudukannya pada Mac lepas.


Menurut Persatuan Badminton Malaysia menerusi ciapan dalam laman Facebooknya hari ini, Zii Jia berjaya mengumpul 76,100 mata daripada 31 kejohanan yang disertainya.


Bukan itua sahaja, Juara All England itu juga menduduki tempat teratas bagi Ranking Jelajah Dunia dengan 33,960 mata di hadapan pemain Denmark Viktor Axelsen yang mengumpul 31,860 mata.


Manakala pemain Jepun, Kento Momota kekal sebagai pemain nombor satu dunia, diikuti Viktor Axelsen di ranking kedua dan rakan sepasukannya Anders Antonsen di kedudukan ketiga dalam ranking BWF.


Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di kedudukan kelapan dalam ranking BWF dengan 74,521 mata daripada 34 kejohanan.


Pasangan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah pula kekal di keduduan ke-18 selepas mengumpul 50,452 mata daripada 22 kejohanan.

bottom of page