Search Results
23994 results found with an empty search
- UMNO MAHU KELUAR PN, BERI SYARAT KERJASAMA BAHARU
14 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Badai mula melanda Perikatan Nasional (PN) selepas UMNO mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin. “UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin. “UMNO akan mencadangkan kepada jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn semalam. – Borneo Today
- AHMAD ZAHID TO MEET AGONG ON THURSDAY
14 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: UMNO president, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is scheduled to have an audience with the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, at 5 pm on Thursday. UMNO secretary-general Datuk Seri Ahmad Maslan confirmed the matter after a meeting of the party’s Supreme Council Political Bureau at UMNO headquarters at World Trade Centre KL here tonight. “Datuk Seri Zahid Hamidi has been granted an audience by the King at 5 pm on Thursday,” he told reporters. Earlier, the meeting decided that UMNO considered withdrawing itself from supporting Perikatan Nasional (PN) and would give new conditions to the coalition to continue political cooperation in a written agreement to be implemented as soon as possible. This morning, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was granted an audience by the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara. In a media conference this evening, Anwar claimed he has the support of more than 120 members of Parliament apart from saying that the Agong would be calling on party heads for input and to confirm the documents submitted by the PKR president. –Bernama
- KEGIATAN HARAM AMBIL KULIT KAYU BAKAU TANGAR
14 OKTOBER 2020 KINABATANGAN: Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini berkata kegiatan haram pengambilan kulit kayu bakau tangar telah menyebabkan gangguan ekosistem paya bakau. “Jika kegiatan ini tidak dibendung dengan segera, ia boleh memusnahkan habitat semulajadi hutan bakau dan menjejaskan sumber ekonomi nelayan tempatan. Kos untuk memulihkan kerosakan ini juga adalah sangat tinggi," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menggesa kerjasama semua pihak, terutama penduduk yang mendiami pesisiran pantai supaya segera melaporkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah jika mengesan kehadiran pihak yang mencurigakan di kawasan mereka. “Pengambilan kulit bakau tangar secara haram adalah menyalahi Enakmen Hutan 1968,” katanya. Mashor berkata mereka yang melakukan dan rakan subahat akan dikenakan tindakan dan hukuman yang berat. “Di samping itu, kegiatan sedemikian merupakan jenayah rentas sempadan yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” tegasnya. Dalam operasi bersepadu telah dijalankan oleh pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Sabah Daerah Kinabatangan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 (Tiger Platoon) di kawasan Hutan Simpan Trusan Kinabatangan Sungai Pitas dan Sungai Inarab. Operasi pada 8 Oktober hingga 10 Oktober lepas telah berjaya mengesan aktiviti haram pengambilan kulit kayu bakau tangar. Berdasarkan kepada kesan dan modus operandi yang ditemui di lokasi kejadian, kegiatan haram ini disyaki telah dilakukan oleh suspek dari negara jiran. Hasil daripada operasi bersepadu berjaya menemui lebih kurang 105 ikat kulit kayu bakau tangar dengan anggaran berat 12,500 kilogram, 12 khemah haram dan sejumlah bekalan makanan suspek. Semasa serbuan dibuat, semua suspek telah melarikan diri ke kawasan hutan dan semua barang exhibit telah dirampas dan khemah haram dimusnahkan. Sehubungan dengan itu, Mashor berkata walapun dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, Pasukan Penguatkuasa Jabatan akan sentiasa menjalankan operasi untuk melindungi hutan, termasuk hutan bakau yang merupakan khazanah negeri Sabah yang amat bernilai dari segala ancaman pencerobohan dan pemusnahan. “Jabatan Perhutanan Sabah juga amat menghargai bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam melindungi kekayaan sumber alam Sabah,” katanya. – Utusan Borneo
- GERAI MAKAN PASAR KIM FUNG DITUTUP UNTUK KERJA-KERJA NYAHKUMAN
14 OKTOBER 2020 SANDAKAN: Gerai makan Pasar Kim Fung, Batu 4 di sini akan ditutup selama tiga hari bermula Selasa bagi membolehkan kerja-kerja nyahkuman dilakukan oleh pihak berwajib. Perkara itu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun selepas kakitangan Jabatan Kesihatan menampalkan notis penutupan tersebut, tengah hari semalam. Selain itu, anggota penguatkuasa dari pelbagai jabatan turut hadir membuat pemeriksaan di sekitar kawasan gerai makan pasar tersebut. Difahamkan, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat dua pesakit yang disahkan positif COVID-19 telah mengunjungi gerai makan di pasar tersebut. Beberapa hari yang lalu, Calvin turut mendapat aduan awam yang menyatakan keadaan pasar itu sesak pada awal pagi yang mana pengunjung dan peniaga dilihat telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. "Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 secara berterusan. Sila jaga jarak antara satu sama lain ketika membeli barangan di pasar dan elakkan berkumpul sehingga tempat menjadi sesak. "Kita tidak mahu pasar ini menjadi lokasi berisiko tinggi dalam penularan wabak COVID-19. Apabila pasar ditutup, ia bukan sahaja menjejaskan sumber pendapatan para peniaga, malah orang ramai juga tidak dapat membeli barangan keperluan harian di sini," katanya. Beliau berkata, orang ramai ketika ini juga adalah barisan hadapan yang perlu memainkan peranan untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. – Utusan Borneo
- BANK MUAMALAT EMPLOYEE IN KOTA KINABALU TESTS POSITIVE FOR COVID-19
KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd has confirmed that one of its employee at the Kota Kinabalu branch has been tested positive for COVID-19 and is now under the care of a government hospital. The bank said as a precautionary measure, all co-workers who have been in direct contact with the said employee have been asked to self-quarantine by staying at home for the next 14 days, until given the appropriate medical clearance. “Contact tracing is also underway in line with the Health Ministry’s guidelines. The branch, located at the Aeropod Commercial Square, Jalan Kepayan in Kota Kinabalu has been closed to enable thorough sanitisation and cleaning procedures to be carried out,” it said in a statement yesterday. Meanwhile, the bank said in view of the federal government’s announcement to reimpose the Conditional Movement Control Order (CMCO) in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya for two weeks, starting tomorrow, the operating hours of all Bank Muamalat branches in the affected areas have been revised to 9.15 am-3 pm, effective today. “To mitigate possible health risks due to the rising number of COVID-19 cases, the Souq Al-Bukhary, Alor Setar, and Sandakan branches will also operate from 9.15 am to 3 pm,” it added. - Bernama
- PBS JANGAN LARI DARI ISU SEBENAR: PEMUDA UPKO
14 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang berkata, rakyat tidak mungkin akan mengundi Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekiranya tahu mereka menerima Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai hadiah kemenangan. Menurutnya, rakyat sedar ideologi politik PAS tidak sesuai untuk warga berbilang kaum di Sabah. “Saya ingin jelaskan sekali lagi, ini bukan soal individu atau soal agama. Ini merupakan soal fahaman ideologi PAS kerana rekod menunjukkan mereka sudah beberapa kali menghina agama lain. “PAS juga tiada niat langsung untuk memohon maaf. Ramai pihak yang tidak bersetuju dengan cara PAS berpolitik termasuk pemimpin-pemimpin Islam di Sabah,” katanya. Felix berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Pemuda PBS Christopher Mandut. Dalam kenyataannya, Mandut mengatakan UPKO gagal menyuarakan hak-hak Sabah sepanjang dua tahun bersama Warisan memerintah kerajaan negeri dan turut menimbulkan persoalan tentang Pas Sementara Sabah (PSS). Felix yang juga Ketua UPKO Beluran berkata, kenyataan Ketua Pemuda PBS itu menunjukkan mereka cuba lari dari isu sebenar dan cuba alihkan pandangan rakyat. “Kita suarakan kebimbangan dan keresahan rakyat Sabah tentang bermulanya era fahaman politik PAS di Sabah, tapi Mandut alihkan isu kepada PSS. “Bila bercakap tentang PSS, adakah dia sedar bahawa ini adalah cadangan Menteri Dalam Negeri yang kini merupakan Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN)? “Ini adalah cadangan Tan Sri Muhyidin Yassin, PBS sepatutnya menuntut penjelasan dari beliau, kenapa salahkan UPKO?” Ujar Felix, PBS sepatutnya mencontohi kepimpinan kerajaan negeri sebelum ini yang berani membuat keputusan tanpa merujuk kepada persekutuan sehingga pelaksanaan PSS itu dibatalkan kerana rakyat membantah. “Kenapa pula PAS sebagai Adun dilantik perlu diakui semata-semata untuk mengikut kehendak parti Malaya. Kenapa tidak mempertahankan suara rakyat yang tidak mahukan parti itu? Ternyata PBS gagal membela suara rakyat. Tambah Felix, kini ramai yang mula sedar PBS guna isu PATI hanya untuk meraih undi dan memperdaya rakyat dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. “PBS tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dan mempergunakan isu PATI semata-mata untuk kepentingan politik mereka. “Sahabat saya Mandut mungkin lupa bahawa hasil kelantangan, keberanian dan perjuangan UPKO lah maka penubuhan Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah terlaksana. “Malangnya, apabila mantan Presiden PBS dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan warga asing Sabah, PBS gagal melakukan apa-apa. “PBS mempunyai kapasiti dan masa yang panjang untuk mencari penyelesaian sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut, tetapi mereka hanya mampu berdiam diri dan tunduk kepada arahan Malaya,” katanya. “Kita akan lihat sejauh mana keikhlasan, kecekapan dan keberanian PBS untuk menyelesaikan isu warga asing (pemegang dokumen IMM13, kad burung-burung, Banci, kanak-kanak tanpa kerakyatan). “Selepas lantang menggunakan isu PATI dan hari ini PBS kembali sebagai Kerajaan, rakyat Sabah ingin melihat kejujuran dan kebijaksanaan PBS untuk menyelesaikan isu tersebut dengan komprehensif. “Mandut merupakan kawan baik saya, saya hanya ingin menyatakan bahawa sebagai sebuah parti politik, tidak semestinya UPKO harus berada dalam blok Kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. UPKO akan meneruskan kepimpinan berteraskan berpelayanan. Sudah pastinya, UPKO akan menjadi mata, telinga dan suara rakyat,” katanya.
- ADHERE TO SOP, MASIDI URGED SABAHANS
13 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabahans are urged to continue complying with the Standard Operating Procedures (SOP) set by the National Security Council (MKN). Sabah Local Government and Housing Minister Datuk Masidi Manjun said this is important in order to curb the spread of Covid-19 in the state. “Today is the start of the Conditional Movement Control Order (CMCO) throughout Sabah which will last for a period of 14 days. "Therefore, we sincerely hope that all parties can double their efforts and roles in halting the spread of Covid-19 infection in the state," he said in a statement here, Tuesday. "Currently, there are 2,970 patients still being treated in hospitals throughout Sabah. Four more death cases were recorded, while 2,054 patients have recovered and were to be discharged," said Masidi, adding that a total of 443 new cases were recorded in Sabah today. According to Masidi, all houses of worship will be closed during the CMCO period. However, the call to prayer (adhan) are allowed. "Similarly, all sports, recreational, social and cultural activities including weddings are prohibited," he said. Masidi stated that the federal government had agreed to channel an allocation of RM50 million to help the State Government to deal with the Covid-19 transmissions. “The State Government is actively distributing food basket assistance to the villagers who are instructed to undergo Enhanced MCO (EMCO) or lockdown and this include Head of Household who is undergoing self-quarantine at home. "To date, a total of 12,813 food baskets have been distributed," he added.
- COVID-19: 443 NEW CASES IN SABAH
13 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah continues to record the highest number of positive Covid-19 cases at 443 out of 660 new nationwide cases today. Health Director-General Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said, this brings the total number of positive Covid-19 cases in Malaysia to 16,880 cases. “Of a total of 443 new positive cases reported in Sabah, 162 cases were recorded from close contact tracing, 38 from existing active clusters and the rest from new clusters, namely Semarak Cluster, Bina Cluster, Sabindo Cluster and Smart Cluster. “Meanwhile, a total of 76 cases were recorded in Selangor, 60 cases in Kedah, 23 in Penang, 18 in Labuan, 16 in Perak, 10 in Johor, nine in Kuala Lumpur, two in Negeri Sembilan and one in Pahang one," he said in a virtual press conference on the development of Covid-19, Tuesday. Noor Hisham added that out of the total number of positive cases, 658 cases were local infections involving 618 locals and 40 non-citizens, while two more cases were imported transmissions.
- SIX NEW CLUSTERS, FOUR IN SABAH
13 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Six more Covid-19 clusters were identified in the country Tuesday, four of which were detected in Sabah while one each was in Selangor and Penang. Health Director-General Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said, the four new clusters in Sabah were the Semarak Cluster, Bina Cluster, Sabindo Cluster and Bestari Cluster. Meanwhile, the Bah Kenangan Cluster and Penjara Jawi Cluster were identified in Selangor and Penang respectively. “Semarak Cluster was identified in Tawau. The index case for this cluster – the 12,200th case – tested positive after a symptomatic screening on October 3 and had been admitted to Queen Elizabeth Hospital. “Contact tracing activities have identified 13 more positive cases. To date, a total of 19 individuals were screened, with 14 positive and five pending result,” he said in a virtual press conference, Tuesday. Noor Hisham stated the Bina Cluster was identified in Beaufort and the index case – the 15,575th case – tested positive after an admission screening in Sipitang Hospital on October 10. The patient has been warded in Queen Elizabeth Hospital. “Thirteen individuals have tested positive following contact tracing activities. To date, a total of 59 individuals have been screened, with 14 tested positive and 45 negative,” he said. The index case of the Sabindo Cluster which was identified in Tawau has tested positive for the virus on October 13 after a symptomatic screening activity and the patient had been admitted to Tawau Hospital, he added. “Contact tracing activities which have screened a total of 76 individuals to date found that 14 individuals had contracted the virus while 51 individuals tested negative and the rest still waiting for their test results.” The Bistari Cluster, Noor Hisham said, was identified in Sandakan. A symptomatic screening activity found the index case of the cluster to have tested positive on October 10 and the patient has been warded in Sandakan Duchess of Kent Hospital. He added that contact tracing activities found 18 more individuals positive. A total of 45 individuals have been screened to date with 19 tested positive and the rest still waiting for their test results.
- RAKYAT SABAH DIMINTA PATUHI PKPB
13 OKTOBER 2020 WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diminta supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, ini penting untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri ini. “Pada hari ini (13 Oktober) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah telah bermula untuk tempoh 14 hari. “Oleh itu, kita amat mengharapkan agar semua pihak dapat mempertingkatkan usaha dan peranan masing-masing memutuskan penularan jangkitan Covid-19 di negeri ini,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Masidi yang juga Menteri Kewangan II berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sebanyak 443 kes baharu Covid-19 di Sabah, hari ini. “Seramai 2,970 pesakit sedang menerima rawatan di hospital seluruh Sabah, empat kes kematian dan 2,054 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh PKPB semua rumah ibadat ditutup, bagaimanapun, laungan azan setiap waktu adalah dibenarkan. “Begitu juga dengan semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan,” katanya. Masidi berkata, kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk membantu Kerajaan Negeri menangani penularan pandemik Covid-19. “Kerajaan Negeri sedang giat mengagihkan bantuan Bakul Makanan kepada penduduk kampung yang diarah melaksanakan PKPD atau lockdown dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Sehingga hari ini, sebanyak 12,813 bakul makanan telah diagihkan,” katanya.
- SABAH RECORDS FOUR COVID-19 DEATHS
13 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah has been recording death cases for the past seven days and today the state continued to report four more deaths, bringing the total of state-wide fatalities to 163. The unfortunate events took place in Sandakan Duchess of Kent Hospital, Semporna Hospital and Tawau Hospital, said Health Director-General Tan Sri Noor Hisham Abdullah. “The country’s 160th and 161st deaths were recorded in Sandakan Duchess of Kent Hospital, involving a 84-year-old woman and 83-year-old, both Malaysians and had history of hypertension, dyslipidaemia and diabetis. “The 162nd was of a non-Malaysian woman aged 36 in Semporna Hospital. She had a history of tuberculosis,” he said in a virtual press conference, Tuesday. “Another Malaysian man, 59, with a history of chronic kidney disease, succumbed to the infection in Tawau Hospital.” According to Noor Hisham, a total of 101 Covid-19 patients are being treated in the Intensive Care Unit, with 32 of them needing ventilator support. “Meanwhile, a total of 350 patients have recovered from Covid-19 to date. This is the highest number of recoveries since Malaysia was hit with the pandemic. “This brings the total of nationwide recoveries to 11,372, or 67.4 per cent of recovery rates,” he stated. Ends
- ENAM KLUSTER BAHARU TERMASUK EMPAT DI SABAH
13 OKTOBER 2020 WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Enam lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di seluruh negara hari ini melibatkan empat kluster di Sabah, serta masing-masing satu kluster di Selangor dan Pulau Pinang. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kluster baharu di Sabah dikenali sebagai Kluster Semarak, Kluster Bina, Kluster Sabindo dan Kluster Bestari, manakala Kluster Bah Kenangan dan Kluster Penjara Jawi masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang. “Kluster Semarak dikenalpasti di daerah Tawau. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-12200 dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. “Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga hari ini (13 Oktober) sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 14 kes positif dan lima individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19, hari ini. Noor Hisham berkata, Kluster Bina pula dikenal pasti di Beaufort. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) dikenal pasti positif hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. “Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif. Sehingga hari ini sejumlah 59 individu telah disaring, di mana14 kes dikesan positif dan 45 individu negatif,” katanya. Beliau berkata, Klauster Sabindo pula dikenal pasti di Tawau. Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. “Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. Sehingga hari ini sejumlah 76 individu telah disaring, iaitu 14 kes positif, 51 individu negative dan selebihnya masih menunggu keputusan,” katanya. Noor Hisham berkata, Kluster Bistari dikenal pasti di Sandakan. Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Katanya, hasil daripada saringan kontak rapat berjaya mengenal pasti 18 lagi kes positif. Sehingga hari ini sejumlah 45 individu telah disaring iaitu 19 kes positif dan selebihnya masih menunggu keputusan.












