top of page

Search Results

24093 results found with an empty search

  • RAKYAT SABAH DIMINTA PATUHI PKPB

    13 OKTOBER 2020 WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diminta supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, ini penting untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri ini. “Pada hari ini (13 Oktober) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah telah bermula untuk tempoh 14 hari. “Oleh itu, kita amat mengharapkan agar semua pihak dapat mempertingkatkan usaha dan peranan masing-masing memutuskan penularan jangkitan Covid-19 di negeri ini,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Masidi yang juga Menteri Kewangan II berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sebanyak 443 kes baharu Covid-19 di Sabah, hari ini. “Seramai 2,970 pesakit sedang menerima rawatan di hospital seluruh Sabah, empat kes kematian dan 2,054 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh PKPB semua rumah ibadat ditutup, bagaimanapun, laungan azan setiap waktu adalah dibenarkan. “Begitu juga dengan semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan,” katanya. Masidi berkata, kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk membantu Kerajaan Negeri menangani penularan pandemik Covid-19. “Kerajaan Negeri sedang giat mengagihkan bantuan Bakul Makanan kepada penduduk kampung yang diarah melaksanakan PKPD atau lockdown dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Sehingga hari ini, sebanyak 12,813 bakul makanan telah diagihkan,” katanya.

  • SABAH RECORDS FOUR COVID-19 DEATHS

    13 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah has been recording death cases for the past seven days and today the state continued to report four more deaths, bringing the total of state-wide fatalities to 163. The unfortunate events took place in Sandakan Duchess of Kent Hospital, Semporna Hospital and Tawau Hospital, said Health Director-General Tan Sri Noor Hisham Abdullah. “The country’s 160th and 161st deaths were recorded in Sandakan Duchess of Kent Hospital, involving a 84-year-old woman and 83-year-old, both Malaysians and had history of hypertension, dyslipidaemia and diabetis. “The 162nd was of a non-Malaysian woman aged 36 in Semporna Hospital. She had a history of tuberculosis,” he said in a virtual press conference, Tuesday. “Another Malaysian man, 59, with a history of chronic kidney disease, succumbed to the infection in Tawau Hospital.” According to Noor Hisham, a total of 101 Covid-19 patients are being treated in the Intensive Care Unit, with 32 of them needing ventilator support. “Meanwhile, a total of 350 patients have recovered from Covid-19 to date. This is the highest number of recoveries since Malaysia was hit with the pandemic. “This brings the total of nationwide recoveries to 11,372, or 67.4 per cent of recovery rates,” he stated. Ends

  • ENAM KLUSTER BAHARU TERMASUK EMPAT DI SABAH

    13 OKTOBER 2020 WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Enam lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di seluruh negara hari ini melibatkan empat kluster di Sabah, serta masing-masing satu kluster di Selangor dan Pulau Pinang. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kluster baharu di Sabah dikenali sebagai Kluster Semarak, Kluster Bina, Kluster Sabindo dan Kluster Bestari, manakala Kluster Bah Kenangan dan Kluster Penjara Jawi masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang. “Kluster Semarak dikenalpasti di daerah Tawau. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-12200 dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. “Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga hari ini (13 Oktober) sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 14 kes positif dan lima individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19, hari ini. Noor Hisham berkata, Kluster Bina pula dikenal pasti di Beaufort. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) dikenal pasti positif hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. “Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif. Sehingga hari ini sejumlah 59 individu telah disaring, di mana14 kes dikesan positif dan 45 individu negatif,” katanya. Beliau berkata, Klauster Sabindo pula dikenal pasti di Tawau. Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. “Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. Sehingga hari ini sejumlah 76 individu telah disaring, iaitu 14 kes positif, 51 individu negative dan selebihnya masih menunggu keputusan,” katanya. Noor Hisham berkata, Kluster Bistari dikenal pasti di Sandakan. Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Katanya, hasil daripada saringan kontak rapat berjaya mengenal pasti 18 lagi kes positif. Sehingga hari ini sejumlah 45 individu telah disaring iaitu 19 kes positif dan selebihnya masih menunggu keputusan.

  • EMPAT LAGI KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI SABAH

    13 OKTOBER WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Empat lagi kes kematian akibat Covid-19 berlaku di Sabah dilaporkan hari ini, masing-masing di Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Semporna dan Hospital Tawau. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 163 kes. “Kes kematian ke-160 dan ke-161, di Hospital Duchess of Kent Sandakan melibatkan seorang wanita berusia 84 tahun dan lelaki 83 tahun, kedua-duanya warganegara dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan kencing manis. “Manakala kes ke-162 pula melibatkan wanita bukan warganegara berusia 36 tahun di Hospital Semporna dan mempunyai latar belakang penyakit tuberculosis. “Kes ke-163, lelaki warga negara berusia 59 tahun di Hospital Tawau, mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang kronik,” katanya pada sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19, hari ini. Noor Hisham berkata, terdapat 101 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan. “Dari segi kes sembuh pula, setakat hari ini sebanyak 350 kes pulih iaitu jumlah tertinggi sejak permulaan pandemik di Malaysia. “Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 11,372 kes iaitu 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

  • COVID-19: SABAH THANKS FEDERAL GOVERNMENT FOR ASSISTANCE

    13 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: The Sabah state government today expressed its appreciation to Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and the Federal government for the assistance provided in tackling the COVID-19 pandemic. Sabah Local Government and Housing Minister Datuk Masidi Manjun said Muhyiddin had given the assurance himself during the National Security Council video conference yesterday. "The Prime Minister has asked the MOH to optimise its human resources and assets to assist the Sabah State Health Department," said Masidi, who is also the state government's interim spokesperson for COVID-19. Earlier, Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah reported that 563 new COVID-19 cases were recorded today with Sabah recording the highest number with 291 cases. Meanwhile, Masidi, who is also Sabah Finance Minister II, said the state government had distributed 9,409 food baskets to residents in five districts affected by the Enchanced Movement Control Order (EMCO). He said of the total, 3,673 food baskets were distributed to residents in Semporna, Lahad Datu (2,183), Tawau (2,000), Kunak (1,053) and Sandakan (500). "The State Government expects the people of Sabah to cooperate and comply with the directives under the Conditional Movement Control Order (CMCO) in the state. It is a necessary move to break the COVID-19 transmission chain," he said. Masidi said that the state government would also ensure that economic activities were not affected and that there was sufficient food supply for the people during the period.

  • COVID-19: 10 KAWASAN TAMAN SABAH DITUTUP

    12 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kawasan taman di bawah pengurusan Taman-taman Sabah ditutup kepada orang awam bermula hari ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Pengarah Taman-taman Sabah Dr Maklarin Lakim menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan itu adalah sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Penutupan itu melibatkan Ibu Pejabat Taman-taman Sabah dan Taman Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu; Taman Kinabalu di Ranau; Taman Pulau Tiga di Kuala Penyu; Taman Banjaran Crocker di Keningau; Taman Bukit Tawau di Tawau; Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan. Selain itu, Taman Marine Tun Sakaran dan Taman Pulau Simpadan di Semporna serta Taman Tun Mustapha di Kudat, katanya. Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatat jumlah tertinggi sebanyak 488 kes. - Bernama

  • PEMBINAAN 13 MENARA TELEKOMUNIKASI DI PITAS AKAN DIPERCEPATKAN: RUDDY

    12 OKTOBER 2020 PITAS: Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Ruddy Awah akan membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempercepatkan pembinaan 13 menara telekomunikasi baharu daerah ini. “Saya akan membantu mempercepatkan pembinaan menara-menara di daerah ini, agar rakyat dapat menikmati liputan internet yang lebih baik,” katanya. Beliau berkata demikian, selepas menziarah Kampung Mengkapon, berikutan video tular penduduk kampung tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif untuk mendapat liputan Internet. Di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1, sebanyak 50 menara telekomunikasi baharu akan didirikan di Sabah. Daripada jumlah tersebut, 13 menara baharu akan didirikan di Pitas. Menurut MCMC, Kampung Mengkapon telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan menara berkenaan.

  • REINSTATE TERMINATED MPKKS, KETUA KAMPUNGS – DARELL LEIKING

    11 OCTOBER 2020 PENAMPANG: The Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor has been urged to consider reinstating the recently terminated Village Community Management Councils (MPKKs) and Native Chiefs (Ketua Adat) all over Sabah as an immediate action to overcome the Covid-19 threat. Moyog State Assemblyman and Penampang MP Datuk Darell Leiking said the current situation warrants immediate participation of these experienced MPKKs so as to enable government's assistance to be channelled effectively and efficiently to the people at large. "The MPKKs play a vital role to assist any state government especially in overcoming any emergency response, such as the resurgence of the Covid-19 pandemic and flash floods which had occurred recently in most of the districts in Sabah. “These terminated MPKKs have the intrinsic details of those who are in dire need to be assisted, and most of all, they would have the experience and knowledge as to how the state machinery within the district level operates," he said in a statement, today. Stressing his concerns, Leiking mentioned that the planned appointment of the new batch of MPKKs would take time and which will entail the need to familiarise themselves with the procedural system, thus hampering and delaying the distribution of the much needed aid to those affected. According to him, new batch of appointed MPKKs in Penampang had at least a year to familiarise themselves to the government's district procedures when Parti Warisan Sabah (Warisan) took over the government in 2018. He added that existing ones who were appointed by the previous government and had received recommendation from the villagers for good performance were retained at the same time. “Even with that one-year experience, some of these MPKKs have had to sweat it out during the handling and distribution of the flooding as well as Covid-19 aids and assistances to ensure that it reached the targeted group. “If the chief minister believes that his new batch of MPKKs who have yet to be appointed can identify each and every one in their respective area and having the ability to understand the district procedural system in a very short period and to perform effectively during this pressing moment, then by all means, appoint the new MPKKs immediately as people are expecting that quick action," he stressed. He also pointed out that the several untimely decisions taken by the chief minister can cause some repercussion that will not benefit the state. "Since the State Covid Command Centre had been disbanded and all decisions now have to come from Putrajaya, the chief minister must ensure that there is a very clear and specific communication between the State and Federal,” he said. This, he said, is to ensure effective management on the pandemic and communication to the masses, apart from minimising any federal interference in administering the State. “This had been the recent issue when even the State Education Department was left in total darkness last time when Minister of Defence Datuk Ismail Sabri announced the schools closure last week. “It would be most appreciated if the current chief minister can immediately reinstate the recently terminated MPKKs and/or to immediately appoint their new choice but mixing the same with the experienced MPKKs to effectively resolve the outstanding demands of the public now.”

  • GANGGUAN PERKHIDMATAN BANK RAKYAT DARI 9 HINGGA 12 OKT

    8 Oktober 2020 KUALA LUMPUR : Bank Rakyat mengingatkan pelanggannya untuk merancang urusniaga perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan bermula dari Jumaat, 9 Okt, 2020, pukul 4 petang hingga Isnin, 12 Okt, 2020, jam 12 tengah hari. Gangguan itu disebabkan proses menaik taraf sistem. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed berkata pelanggan tidak perlu bimbang kerana segala maklumat berkaitan simpanan dan rekod pembiayaan mereka di Bank Rakyat tidak akan terjejas selepas sistem ini dinaik taraf. “Ini termasuk bagi wang yang didepositkan dan disimpan di Bank Rakyat, urusan pembayaran wang pencen serta potongan gaji bulanan pelanggan. Seluruh warga kerja Bank Rakyat juga komited dalam memastikan sistem baharu ini beroperasi dengan baik ketika pelaksanaan sistem baharu tersebut pada 12 Okt 2020,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Gangguan bagi semua perkhidmatan perbankan ini kecuali Kad Kredit-i adalah kerana proses transformasi digital ke sistem Perbankan Teras (Core Banking, CoBRa) baharu bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya. Antara jenis perkhidmatan yang tidak boleh digunakan pada tarikh dan waktu tersebut termasuk, perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat/Ar-Rahnu, perbankan internet (iRakyat), ibizRakyat, Kad Debit-i dan semua terminal layan diri Bank Rakyat, iaitu Mesin Juruwang Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM), Mesin Cash-In Cash-Out (CICO) serta Ejen Bank (Rakyat Care). Semasa tempoh berkenaan pelanggan masih boleh menggunakan perkhidmatan Kad Kredit-i Bank Rakyat untuk semua urusniaga bagi pembelian di kaunter, dalam talian, serta melakukan pengeluaran tunai di ATM bank-bank lain yang mempunyai logo Mastercard. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my dan laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page