Search Results
23994 results found with an empty search
- Ewon saran komuniti bangunkan eko pelancongan dan pertanian melalui gerakan koperasi
23 Ogos 2025 KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, menggesa komuniti luar bandar memanfaatkan gerakan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi melalui sektor pelancongan dan pertanian. Beliau berkata, koperasi adalah platform terbaik untuk menggerakkan keusahawanan desa, selain membolehkan komuniti setempat bersaing dengan syarikat besar menerusi sokongan, bantuan dan galakan kerajaan. “Kita mempunyai lebih 16,000 koperasi di seluruh negara, termasuk hampir 2,000 koperasi di Sabah, dengan enam daripadanya tersenarai dalam Liga Premier Koperasi. “Ini membuktikan koperasi di Sabah juga mampu bersaing jika diberikan peluang dan sokongan sewajarnya,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Keluarga dan Projek Pembangunan Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad, di sini, hari ini. Ewon berkata, selepas dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau mengunjungi koperasi tersebut dan meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk pelbagai pembangunan. “Sebanyak RM80,000 disalurkan melalui bantuan Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi (PROSPEK) bagi menaik taraf jambatan titian, membina laluan pejalan kaki konkrit dan pintu gerbang koperasi. “Manakala RM20,000 di bawah Program Dagang Produk/Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat) digunakan bagi penyediaan laman e-dagang dan bahan promosi produk pelancongan koperasi secara digital,” katanya. Beliau turut memuji usaha Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang yang mengetengahkan aktiviti riadah sungai dan pemuliharaan ikan berasaskan tagal sebagai tarikan utama pelancongan komuniti. “Saya berbangga dengan inisiatif penduduk kampung ini menggerakkan keusahawanan desa dan membangunkan potensi ekonomi melalui koperasi. Saya berharap koperasi ini terus maju dan menjadi inspirasi kepada koperasi lain,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperkenalkan program Jejak Koperasi sebagai persediaan memperkukuh koperasi sektor pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. “Di Kadamaian, kita memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan pertanian agar kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan utama selain Ranau. Sebahagian Gunung Kinabalu terletak di Kadamaian dan kita mahu pelancong yang mendakinya singgah di sini,” katanya. Ewon, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, berkata pelbagai projek infrastruktur sedang dinaik taraf sebagai sebahagian agenda pembangunan pelancongan Kadamaian, termasuk Jalan Sayap, Jalan Podos, jambatan Melangkap dan beberapa laluan utama lain. Selain itu, katanya, Program Penyukatan Tanah PANTAS yang dimulakan di Kampung Kiau dan Kampung Sayap akan diperluaskan ke beberapa kampung lain di Kadamaian bagi memudahkan pembangunan tanah dan akses pembiayaan bagi sektor pelancongan serta pertanian.
- 25 orang belia menyertai kursus pengurusan Homestay dan Rumah Penginapan
Rafie (duduk tengah) bersama Abdul Syafi (kanan) dan Mohd Azri Jaini (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kursus itu. 23 Ogos 2025 KENINGAU: Seramai 25 orang belia menyertai kursus pengurusan Homestay dan Rumah Penginapan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Pejabat Kesihatan Keningau dan Kolej Geomatika Keningau. Kursus yang berlangsung bermula 1 hingga 21 Ogos itu diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran belia dalam bidang pengurusan homestay dan rumah penginapan. Selain itu ia membuka peluang baharu dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan di kalangan belia khususnya di kawasan Pedalaman. Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Tamat Kursus itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau Rafie Robert. Rafie yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Keningau dalam ucapannya, berkata program seumpama itu amat penting dalam melahirkan golongan belia yang berdaya saing serta mampu memanfaatkan potensi sektor pelancongan di daerah ini. Katanya, kursus ini bukan sahaja memberi kemahiran teknikal dalam pengurusan homestay, tetapi juga membina keyakinan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. “Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, para peserta dapat memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam pembangunan pelancongan serta ekonomi tempatan. "Program seumpama ini menjadi landasan penting bagi memperkasakan belia dengan kemahiran praktikal yang relevan dengan perkembangan sektor pelancongan, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi setempat" katanya. Turut hadir Pembantu Tadbir Operasi Unit Kepimpinan dan Keusahawanan KBSS Abdul Syafi bin Yunos dan Penolong Pegawai Daerah Keningau dan Mohd Azri Jaini Jeffrey.
- Debat Piala Presiden UPKO 2025
22 Ogos 2025 KOTA KINABALU: Seramai 40 belia mengambil bahagian untuk berentap pada Pertandingan Debat Terbuka Piala Presiden UPKO 2025 yang diadakan selama dua hari, bermula hari ini, di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pengerusi Penganjur, Emmanuel Atin berkata, kejohanan berprestij itu mengetengahkan sebanyak 10 pasukan dengan secara keseluruhan merangkumi 40 belia. Katanya, penganjuran ini hasil sokongan padu Biro Hubungan Antarabangsa UPKO yang bertujuan mengetengahkan bakat generasi muda khususnya di seluruh negeri ini. “Menerusi kejohanan ini, kita boleh melihat begitu ramai peserta yang kebanyakannya penuntut pusat pengajian tinggi termasuk pelajar tingkatan enam. “Kita menerima penyertaan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Perguruan dan Kolej Tingkatan Enam,” katanya ketika ditemui, hari ini. Emmanuel berkata, objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan golongan muda dalam wacana intelektual serta isu-isu semasa. Selain itu, katanya, ia juga mewujudkan platform dinamik bagi mencungkil bakat pendebat muda di peringkat kebangsaan. “Secara tidak langsung ia turut mempromosi budaya berhujah secara rasional dan profesional dalam kalangan masyarakat,” katanya. Tamat
- Ahli Parlimen Kudat Ingatkan Masyarakat Waspada Berita Palsu
21 Ogos 2025 KUDAT: Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda mengingatkan masyarakat supaya berwaspada terhadap penyebaran berita palsu dan spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta perpaduan di daerah ini. Beliau berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung isu-isu sensitif, termasuk kes buli yang sedang mendapat perhatian masyarakat. “Jika tidak pasti tentang kesahihan sesuatu maklumat, jangan kongsikan kerana ia boleh memudaratkan. Biarlah proses undang-undang berjalan dan kita rujuk hanya kepada saluran rasmi seperti kementerian atau pihak berkuasa,” katanya ketika berucap pada sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat Daerah Kudat di Dataran Tomborungus, pada petang Khamis Verdon menegaskan, rakyat tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya negatif yang boleh mengapi-apikan hubungan sesama kaum dan agama, terutama di Kudat yang didiami lebih 10 etnik berbeza. Beliau dalam masa sama menyatakan sokongan terhadap penganjuran KMJG oleh Jabatan Penerangan Malaysia yang menjadi platform tahunan untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh perpaduan rakyat di seluruh negeri. Katanya, konvoi ini bukan sahaja membawa mesej kemerdekaan ke seluruh pelosok negeri, malah berperanan merapatkan hubungan antara agensi kerajaan persekutuan dan negeri dengan masyarakat di peringkat akar umbi terutama di kawasan luar bandar. Acara KMJG 2025 yang disertai 20 agensi mengakhiri perjalanan hari ke 18 di Dataran Toborungus dan berbaki dua hari sebelum hentian terakhir yang akan berlangsung di daerah Tuaran dan akan di rasmi oleh Ketua Menteri Sabah pada 23 Ogos ini. Hadir sama Ketua Polis Daerah Kudat Superintenden Mohd Harris Ibrahim serta Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor selaku Ketua Konvoi KMJG Sabah 2025.
- Digital Race Uji Ketangkasan, Kerjasama Peserta
22 Ogos 2025 TUARAN: Digital Race menjadi platform untuk menguji kreativiti, ketangkasan dan kerjasama peserta dalam menyelesaikan pelbagai tugasan interaktif, di samping memberi pendedahan kepada kemahiran digital. Penyelaras Program, Sulia Banying Gihang berkata pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa buah sekolah sekitar Tuaran yang berminat menonjolkan bakat mereka dalam cabaran digital tersebut. "Ada lima check point yang perlu ditempuhi oleh para peserta sebelum bergelar juara iaitu Poster Kebangsaan, Video Tiktok, Kuiz Kemerdekaan, Teka Silangkata dan Puzzle. "Peserta perlu menyelesaikan semua tugas dengan melalui lima check point yang telah ditetapkan dalam peraturan sukan tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas Program Digital Race Merdeka sempena Karnival Kita Madani, di sini pada Jumaat. Pertandingan yang menggabungkan cabaran maya dan fizikal itu turut menguji pengetahuan peserta dalam bidang teknologi digital, keselamatan siber, aplikasi mudah alih serta inovasi baharu. Selain memberi pengalaman yang menyeronokkan, program berkenaan juga bertujuan meningkatkan tahap celik digital masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan insan, perpaduan dan kemajuan teknologi. Program Karnival Kita Madani berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok (Sabtu) merupakan anjuran Jabatan Penerangan Sabah dengan kerjasama strategik pelbagai jabatan, agensi persekutuan dan negeri, pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Antara pengisian menarik termasuk Bengkel Memasak, Pertandingan mewarna, Fun Art Madani, Sukan Aktif Madani, Bintang Patriotik Madani, Jualan Agro Madani, Jualan Rahmah Madani, Demonstrasi K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 serta pelbagai aktiviti riadah untuk seisi keluarga. Turut hadir pada Program berkenaan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa serta Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka JAPEN Sabah Razif Che Hashim serta Penolong Pengarah Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JAPEN Sabah, Mohammad Saiful Sinring.
- Operasi SAR Hari Kedua Lelaki Hilang di Hutan Beluran Diteruskan
22 Ogos 2025 BELURAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi seorang lelaki yang dilaporkan hilang di hutan Kampung Bukit Besi, Beluran sejak tiga hari lalu diteruskan masuk hari kedua hari ini namun mangsa masih belum ditemui. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran pada 20 Ogos jam 8.41 pagi memaklumkan mengenai insiden tersebut. “Kawalan Balai Beluran terima panggilan kecemasan dari IPD Beluran, terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan hilang di hutan di alamat Kampung Bukit Besi, Beluran. “Menurut laporan polis yang dibuat oleh pengadu (isteri mangsa), mangsa telah pergi ke kebun miliknya sekitar jam 6:00 pagi pada 18 Ogos lalu jarak 500 meter dari rumahnya bertempat di Kampung Bukit Besi dan sehingga sekarang mangsa tidak pulang ke rumah,” menurut kenyataan itu. Tambah kenyataan itu, usaha mencari telah dijalankan oleh ketua kampung dan penduduk pada 19 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, namun gagal menemui mangsa. Bagi operasi SAR hari kedua pada 21 Ogos, pencarian dimulakan pada jam 10 pagi melibatkan pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung. “Pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain dan penduduk kampung meneruskan operasi pencarian di sekitar kawasan kebun mangsa. Mangsa belum dijumpai. Operasi ditangguhkan pada jam 17:00:00 dan akan disambung esok pagi. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu lagi. Mangsa dikenal pasti sebagai Jusli Kiple, berusia 48 tahun dan sehingga kini statusnya masih belum ditemui.
- An MoU between Two Medical Establishments to Enhance Patient Services
22 August 2025 KOTA KINABALU: A Memorandum of Understanding (MoU) has been signed between two leading healthcare providers to improve and expand services available to patients. KPJ Sabah Specialist Hospital formalised its partnership with Permai Polyclinics Group during a ceremony held at KPJ. Representing KPJ was Regional Chief Executive Officer of KPJ East Malaysia, Dr. Kenny Yeap Kim Peay, while Permai Polyclinics was represented by its Founder and Chairman, Datuk Dr. James Jeremiah. Following the signing, Dr. Kenny expressed optimism about the collaboration, describing it as a significant step towards enhancing healthcare delivery. “This partnership is an excellent initiative because many tertiary centres are striving to advance healthcare paradigms, making services more focused, cost-effective, and mutually beneficial. As healthcare costs continue to escalate, our aim is to increase accessibility by leveraging each other's strengths, rather than bearing the entire burden ourselves,” he explained. He outlined plans to utilise the primary care facilities of Permai Group, which lack the advanced resources available at tertiary centres. Drawing inspiration from models in Australia over the past five years, including home visits, hospital-at-home programmes, teleconsultations, and home care. KPJ aims to adapt these strategies locally. Such services require minimal capital investment but could significantly improve access to healthcare, especially for patients who benefit from receiving care at home or at primary level. “While KPJ’s centres are equipped with state-of-the-art technology and are recognised as centres of excellence, the partnership also emphasises extending care beyond hospital walls. To support this, KPJ has developed an innovative app designed to assist primary care providers in referring patients and monitoring their progress remotely. For instance, patients receiving palliative care following chemotherapy for lung cancer can be managed at home, reducing hospital costs and enabling continuous follow-up through the app.” This collaboration is expected to aid the government by lowering costs across primary and secondary care sectors, particularly within private healthcare. It will also improve the accessibility and affordability of polyclinics without increasing fees. The initiative primarily targets existing patients, including those in the B40 income group, who already access healthcare through insurance or other channels. Services such as wound care, medication management, and vital sign monitoring will be provided through close collaboration between general practitioners and specialists. Dr. Kenny emphasised that this partnership is just the beginning of a strengthened relationship. “We aim to enhance education, skills, and referral systems with ongoing feedback and regular follow-ups, similar to collaborations between government and healthcare providers. Ultimately, our goal is to delegate appropriate care to the primary level—particularly for long-term or less complex cases, thus reducing overall costs,” he added. Although this partnership has been in development for several years, today’s formal signing marks a new chapter, akin to a relationship that has now been officially recognised and strengthened. Both parties are optimistic about the future, viewing this initiative as a step towards building a “family” dedicated to improving healthcare access and quality for all.
- Government Firm in Strengthening Support, Reforms, and Collaboration in Housing Agenda
22 August 2025 KOTA KINABALU : The State Government has reiterated its commitment to strengthening support, implementing reforms, and expanding collaboration with all stakeholders in the property industry to ensure that every citizen in the state has access to safe, comfortable, and dignified housing. Deputy Chief Minister II and Minister of Local Government and Housing, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, said the Government recognises the current challenges affecting the property sector, particularly the rising costs of building materials, declining purchasing power, an oversupply of high-end properties, and difficulties in securing financing for first-time homebuyers. “These factors have led to a slower uptake of housing units, especially in urban areas. Many among the B40 and M40 groups are still struggling to turn their dream of owning a home into reality,” he said. Dr Joachim explained that the State Government, through the Ministry of Local Government and Housing (KKTP), has outlined both short- and long-term strategies to address these challenges. One of the key initiatives is the continuation of the People’s Residency Programme (PRR) via public-private partnerships to deliver quality, affordable housing complete with community facilities, green spaces, and modern infrastructure. “For example, a unit worth RM300,000 could be offered to eligible households at just RM60,000. Such a model will bring the dream of homeownership much closer to reality,” he said when officiating the SHAREDA PropEX 2025 themed ‘My Perfect Home’ at the Sabah International Convention Centre (SICC) today. His speech was delivered by the Ministry’s Permanent Secretary, Datuk Dr Jamili Nais. Dr Joachim also highlighted that the Government is working closely with financial institutions to explore innovative financing schemes such as rent-to-own models, tiered mortgage packages, and housing credit guarantees, particularly for first-time buyers. He further emphasised the role of the Sabah-MM2H (S-MM2H) programme as a catalyst for the property market, especially in absorbing the surplus of high-rise residential units priced at RM600,000 and above. “This move not only stimulates the property market but also strengthens the tourism sector and related economic activities,” he added. He said the Government’s long-term strategy focuses on the B40 and M40 segments, prioritising urban renewal, transit-oriented dense development, and offering incentives to developers to increase the supply of affordable housing units. “The aim is not merely to build houses, but to build homes, build hope, and create a better future for the people of Sabah,” he stressed. In this regard, he called on developers and stakeholders to be bold, adaptive, and inclusive in their development approaches. “The road to ‘My Perfect Home’ must be built on the foundation of collaboration, innovation, and compassion. Sabah’s housing development agenda must be people-centric, going beyond profits alone,” he said. At the same time, Dr Joachim expressed his appreciation to SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) for organising the 47th edition of PropEX, describing it as a crucial platform for strengthening cooperation, innovation, and growth in the state’s property sector. “SHAREDA’s commitment to excellence and dedication to the people of Sabah is truly appreciated. May PropEX 2025 pave the way for a more inclusive, resilient, and dynamic property landscape,” he said.
- Severe Congestion and High Accident Risk must be resolved
22 August 2025 KOTA KINABALU: The Darau Division Chief of Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Mohammed Razali Razi, has called on the contractor responsible for the construction of the Tebobon flyover in Sepanggar to urgently revise its traffic management plan, following ongoing complaints from local residents and road users in the area. He stated that poor traffic management throughout the project's construction has led to severe congestion and heightened the risk of accidents, including in areas where fatal incidents have previously been recorded. “The road isn’t just congested during peak hours, but almost the entire day. U-turns are placed too far away and are poorly designed, and the signage is unclear and confusing. “This area includes four schools, several villages, and high-density residential neighbourhoods. The constant congestion not only delays daily activities but also puts road users at serious risk,” he said in a statement today. Razali further explained that the root of the problem isn’t just the flyover construction itself, but also delays in road resurfacing works in the Bandar Sierra area, which have narrowed the road lanes significantly. He stressed that the contractor should have developed a contingency plan before starting the project and ensured it was properly monitored throughout — instead of leaving the public to suffer the consequences every day. He reminded that contractors receiving lucrative payments must not be complacent when managing critical infrastructure projects that directly affect the people. “In Kuala Lumpur, even with large-scale mega projects, proper traffic management systems are implemented. Why can’t we do the same here in Kota Kinabalu? This isn’t just a technical issue , it’s about public safety and wellbeing,” he asserted. As such, Razali urged the contractor and concessionaire to immediately review the traffic management plan, install clearer temporary signage, provide more efficient alternative routes, and implement scheduled monitoring to resolve the current shortcomings without delay. He added that while the government has made efforts to upgrade the road infrastructure in the state, the public should not have to bear the brunt of poor contractor management. “Infrastructure should make people’s lives easier, not harder. The time wasted, fuel consumed, and emotional stress faced by road users amount to a form of social injustice that cannot be ignored,” he said.
- Political stability due to GRS Coalition
Joniston (4th from right) and Demis (4th from left) with PBS Kadamaian AGM delegates and observers. 22 August 2025 KOTA BELUD: Sabah's current political stability is a testament to the strength of a locally-led government under the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) coalition. GRS Information Chief Datuk Joniston Bangkuai said this stood in stark contrast to Parti Warisan and the Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), which had previously attempted to unseat Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor by aligning with Umno in January 2023. “They campaigned on slogans like ‘Sabah for Sabahans’ and ‘No to Peninsula-Based Parties’. Even Shafie Apdal called for unity to topple Barisan Nasional in Sabah. But when the opportunity arose, Warisan rushed into the arms of Umno,” he said. “If that power grab had succeeded, Sabah would have ended up with a government led by Umno—potentially directed from Kuala Lumpur rather than by a Sabah-based party or coalition,” said Joniston, who is also the Information Chief of Parti Bersatu Sabah (PBS). Speaking while officiating the PBS Kadamaian Division’s Annual General Meeting today, Joniston described the actions of Warisan and PKDM as blatant political hypocrisy that Sabahans should not forget. “You can’t preach one thing and do the opposite when power is at stake. They sold a narrative to the people, but when the chips were down, they were willing to abandon it,” he added. He pointed to further evidence of this hypocrisy in Warisan and PKDM’s support for Umno’s move—via the Federal Ministry of Rural and Regional Development—to push through the establishment of the Jawatankuasa Desa Madani (JKDM) in Sabah’s villages. While the GRS-led state government strongly opposed the JKDM, viewing it as a divide-and-rule tactic—particularly as each village already has a Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)—Warisan and PKDM backed the initiative, with many of their grassroots leaders even being appointed as JKDM chairpersons. In contrast, Joniston said GRS has emerged as the dominant political force in Sabah by uniting local-based parties to ensure political stability and cohesion. The Kiulu assemblyman noted that Pakatan Harapan (PH) recognised GRS’s leadership and chose to work with the Hajiji-led local coalition for the sake of stability in the state. “When peninsula-based parties like PKR and DAP choose to support Hajiji and work with GRS, it reflects the credibility, strength, and unity GRS offers in representing Sabah’s voice,” he said. Joniston described GRS’s approach as striking the right balance between strategic federal collaboration and safeguarding local autonomy—enabling Sabah to attract development support while keeping decision-making firmly in the hands of Sabahans. He urged PBS members and GRS supporters to remain united and focused, especially with the next state election expected as early as next month. He also reaffirmed GRS’s commitment to championing Sabah’s rights under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) while working closely with federal partners to bring in investment, infrastructure, and economic opportunities. “Unity has been our strength, and the people want stability. That’s what GRS and PBS continue to deliver. “Our focus remains on driving progress for the people of Sabah—protecting our autonomy while securing the support needed to move the state forward,” he said. During the AGM, Joniston praised PBS Kadamaian, led by Demis Rumanti, for their perseverance in maintaining the party’s relevance in the constituency. “Kadamaian will always be on PBS’s radar as a winnable seat,” he said, drawing loud cheers from over 300 delegates and observers.
- Ewon Sumbang Dana Bagi Menjayakan Sukan Rakyat di Mukim Lasau Kadamaian
22 Ogos 2025 KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick telah menyalurkan sumbangan kewangan kepada Kelab Belia Kampung Gonok, Kota Belud, bagi tujuan penganjuran program Sukan Rakyat sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-68. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pemaju Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, yang mewakili Ewon kepada Pengerusi Kelab Belia Kampung Gonok, Ahmad Rafie Titing. Menurut Ahmad Rafie, sumbangan berkenaan akan digunakan sepenuhnya bagi menjayakan program yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Ogos ini di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Gonok. Tahun ini, Kelab Belia Kampung Gonok telah diberi mandat sebagai penganjur acara tersebut bagi Mukim Lasau. Beliau menjelaskan bahawa objektif utama penganjuran Sukan Rakyat adalah untuk memperkukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat mukim Lasau, selain memupuk penghayatan nilai perpaduan tanpa mengira agama mahupun kaum. Program ini juga diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan. “Kelab Belia Kampung Gonok amat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan oleh Ewon. Sumbangan ini memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program yang bukan sahaja memperkasa belia, malah menyatukan komuniti setempat,” kata beliau. Selain itu, Ahmad Rafie menekankan bahawa penganjuran Sukan Rakyat juga berperanan membina kepimpinan belia, menggalakkan semangat kesukanan serta mengekalkan warisan permainan tradisional seperti sepak takraw, dan pelbagai acara rakyat lain. Sokongan berterusan daripada pemimpin tempatan, katanya, amat penting bagi memastikan penganjuran program seumpama ini terus mendapat sambutan positif masyarakat luar bandar. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ewon kerana sentiasa prihatin terhadap pembangunan belia dan usaha mengukuhkan perpaduan masyarakat di kawasan Kadamaian, khususnya di Kampung Gonok. Program Sukan Rakyat anjuran Kelab Belia Kampung Gonok dijangka menjadi landasan kukuh dalam menyatupadukan masyarakat mukim Lasau, selain memperkaya sambutan kemerdekaan dengan aktiviti berbentuk kesukanan dan kebersamaan.
- JPMorgan to pay RM1.4b for 1MDB settlement
22 August 2025 PUTRAJAYA: JPMorganChase will pay the Malaysian government RM1.4bil to resolve all matters between both parties in the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) scandal. In a statement today, the Finance Ministry said the settlement agreement resolves all existing and potential claims and binds both parties from any future claims or litigations related to 1MDB. "The Malaysian Government and JPMorganChase are pleased to announce that they have resolved all matters relating to 1MDB. "Under the settlement, JPMorganChase will, without admission of liability, contribute RM1.4 billion (US$ 330 million) to Malaysia's Assets Recovery Trust Account,” read the statement. The ministry added that each party will also withdraw all pending appeals connected with the lawsuit previously filed by 1MDB against J.P. Morgan (Switzerland) Ltd in the High Court at Kuala Lumpur. The settlement follows the conviction of JPMorgan’s unit in Switzerland, announced earlier on Friday over the bank’s failures to prevent the embezzlement of assets from 1MDB. According to Reuters, in 2021, 1MDB sued a unit of JPMorgan, along with those of Deutsche Bank and Coutts & Co, to recover alleged losses from the fund, citing alleged "negligence, breach of contract, conspiracy to defraud/injure, and/or dishonest assistance" on the part of the firms. It had reportedly sought US$800mil (RM3.38bil) from JP Morgan (Switzerland) Ltd. The 1MDB investment fund became the centre of a scandal that spawned probes across continents, with stolen funds estimated to have exceeded US$4 billion. Investigations led to the imprisonment of ex-Goldman Sachs Group Inc executives and a former Malaysian prime minister.












