top of page

100 syarikat PKS terima anugerah SME100

nabalunews



6 Disember 2024


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyempurnakan Majlis Anugerah SME100 2024, anjuran Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA), di One World Hotel, Petaling Jaya, semalam.


Pada majlis itu, sebanyak 100 syarikat masing-masing menerima anugerah atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang perniagaan.


Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata, majlis ini bukan sahaja meraihkan kejayaan usahawan-usahawan tetapi menyemarakkan lagi semangat keusahawanan dikalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memacu ekonomi negara.


“Seperti yang kita sedia maklum, PKS adalah tonggak utama ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan pengwujudan peluang pekerjaan.


“Kerajaan MADANI, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus komited mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif kepada PKS agar terus berkembang maju termasuk memberikan sokongan dari segi dasar, pembiayaan dan peluang pasaran,” katanya.


Sehubungan itu Ewon berkata, dalam Belanjawan 2025, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40 bilion sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah pelbagai agensi kerajaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page