top of page

6,328 graduan IPG dirai dalam Konvokesyen Ke-14, semua terima penempatan

  • nabalunews
  • Nov 8, 2024
  • 1 min read

8 November 2024


PUTRAJAYA: Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-14 Institut Pendidikan Guru (IPG) menyaksikan seramai 6,328 graduan dirai dalam sebuah upacara yang bermula pada 3 November lalu.


Kesemua graduan telah menerima penempatan dan memulakan perkhidmatan sebagai guru di lokasi masing-masing.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata para graduan ini adalah tenaga pengajar yang terlatih dan bersedia untuk mendidik di kawasan penempatan mereka.


“Guru-guru ini merupakan tenaga pengajar yang terlatih dan telah bersedia untuk mendidik di lokasi penempatan masing-masing. Komitmen kita adalah memastikan semua anak kita mendapat pendidikan terbaik daripada guru-guru ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut, lapor Berita RTM.


Selain itu, Fadhlina turut menyatakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan melalui operasi Op Global.


Menurut beliau, sesi pembelajaran telah dimulakan dengan kelas psikososial pada dua minggu pertama bagi menilai keperluan psikososial anak-anak tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page