Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
- nabalunews
- May 30
- 1 min read

30 Mei 2025
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah, kepelbagaian budaya rakyat Malaysia yang terserlah melalui sambutan perayaan berkenaan.
“Ia sekali gus mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.

“Sambutan ini bukan saja merupakan tanda kesyukuran di penghujung musim menuai, malah menjadi peringatan buat seluruh rakyat agar sentiasa mensyukuri rezeki dan nikmat yang dikurniakan selaras dengan kepercayaan dan amalan masing-masing,” titah Baginda.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai di Sarawak pula disambut esok dengan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran berakhir musim menuai.
Comments